Koleksi Helmet HJC 2020 Dah Sampai, Ini Semua Racun!

HJC Helmet Malaysia bakal memperkenalkan beberapa koleksi baharu menjelang suku kedua 2020.

Kami berpeluang untuk melihat lima sampel terbaru yang terdiri daripada HJC F70, i90, V90, i40 dan V30.

Menariknya, setiap daripada helmet ini menawarkan rekaan dan fungsi yang sesuai untuk segala jenis penunggang motosikal.

HJC F70

Diperbuat daripada gentian kaca, helmet segmen sport touring ini didatangkan dengan rekaan kompak, ringan dan sangat selesa.

 

Ciri lain:

  • sun visor
  • visor anti-fog dan anti-calar
  • pinlock
  • padding anti-bakteria
  • SMART HJC

Menariknya, menurut HJC, F70 ini menawarkan ciri seakan RPHA 70. Bagaimanapun, perbezaan kedua-dua helmet ini akan kami bawakan dalam reviu akan datang.

HJC i90

Helmet modular terbaru dari HJC bagi segmen mampu milik – RPHA 90 bagi yang premium – yang sesuai bagi tunggangan harian dan jarak jauh.

Bagi menajamin perlindungan terbaik, i90 menggunakan ‘Advanced Polycarbonate Composite Shell’.

Ciri lain:

  • Padding anti-bakteria
  • sun visor
  • SMART HJC

HJC V90

Bagi peminat motosikal retro/vintage ala cafe racer dan scrambler, HJC turut menawarkan HJC V90 dengan rekaan ‘ol-skool’!

Menariknya, helmet unik ini turut menawarkan ciri modular dan tidak ketinggalan visor bubble! Ini baru ‘rare’!

Ciri lain:

  • sun visor
  • anti-fog
  • fabrik anti-bakteria

HJC i40

Bagi pengguna skuter dan kapcai, HJC turut menawarkan helmet jenis ‘open face’ yang sesuai untuk kegunaan harian.

Ciri ‘semi-jet’ ini amat sesuai buat semua jenis penunggang yang mahu tampak santai namun masih mengekalkan ciri keselamatan terbaik.

Ciri lain:

  • Silvercool Interior
  • sun visor
  • visor anti-fog
  • ruang pengudaraan
  • sistem micro-buckle

HJC V30

Tidak lupa juga bagi pemilik motosikal jenis Harley-Davidson, HJC menawarkan V30 yang menjamin gaya ranggi dan ol’skool namun masih dengan ciri terkini.

Bagi memudahkan pemasangan sistem Bluetooth, V30 didatangkan dengan ruang khas di bahagian dalam.

Rekaan klasik lebih menonjol dengan kemasan kulit dan jahitan berwarna merah.

Kesemua helmet ini boleh didapati di pengedar HJC terdekat menjelang Suku Kedua tahun ini.

Bukan itu sahaja, HJC turut akan membawa masuk helmet jenis gentian karbon yang merangkumi RPHA 11 Carbon, RPHA 70 Carbon dan RPHA 90S Carbon.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.