Sebagai penghargaan kepada kegigihan penghantar makanan yang berkhidmat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), RK South Asia Sdn Bhd melancarkan kempen #DeliveryAbang yang berjalan selama dua hari. Menerusi kempen ini, RK menawarkan pertukaran rantai dan pemberian beberapa aksesori lain kepada penghantar makanan secara PERCUMA! Antara aksesori percuma yang ditawarkan: RK-428KLO Seal Chain Kit RK 428…
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Pengeluar motosikal Korea, Hyosung bakal melancarkan GV 300 S Bobber sebuah motosikal berkonsepkan bobber untuk pasaran Eropah. Menawarkan ketinggian tempat duduk hanya 710mm, rekaan keseluruhan bobber ini tampak praktikal untuk kegunaan harian. Hyosung GV 300 S Bobber dikuasakan dengan enjin 300cc V-Twin yang menghasilkan 30hp pada 8,500rpm dan tork sekitar 25.6Nm pada 6,000rpm. Model ini…
MODENAS telah menambah hari operasi pusat servis terpilih daripada dua kepada empat hari ini seminggu selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan kerajaan minggu lalu. Bagaimanapun, operasi pusat servis MODENAS akan tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Pusat servis MODENAS yang terpilih beroperasi adalah: Pusat…
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah kereta yang ditawarkan pada harga serendah RM13,800 sahaja. Dikenali sebagai Mini EV X2, model tersebut merupakan kereta elektrik kompak berdasarkan info yang diperolehi daripada risalah dan laman sesawang miniev.online. Bagaimanapun, Abang Gan dari Pandulaju.my menerusi laman Facebook telah melakukan semakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mendapati mereka…
Bagi meringankan beban kewangan terhadap orang ramai yang telah lama mengidam untuk memiliki sebuah Ford Ranger WildTrak, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) menawarkan rebat tunai RM7,000! Rebat tunai itu menanti semua pemilik baharu Ford Ranger WildTrak! Inisiatif SDAC selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia hadir selepas mengambil kira keadaan semasa di samping bebanan kewangan…
Pusat jualan dan servis Toyota dan Lexus yang terletak dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kembali beroperasi hari ini. Pengumuman itu dibuat UMW Toyota Motor (UMWT) yang membuka semula operasi dan premis tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengikut negeri masing-masing. Semua cawangan akan beroperasi mengikut garis panduan yang wajib dipatuhi…
Susulan pengumuman baharu kerajaan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), promoter Cub Prix, Safe Aim Mutual (SAM) yakin sukan itu dapat dianjurkan tahun ini. Ini kerana, menurut pengumuman kerajaan sebarang aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan (body contact) atau pengunjung yang ramai adalah dibenarkan. Perkara itu sekaligus membuatkan Pengarah Urusan SAM, Ron Hogg…
Gambar di atas merujuk kepada sebuah motosikal jenama dari China, Haojue DR300 yang dijual di pasaran Asia terutamanya Asia Tenggara. Haojue DR300 merupakan produk hasil kerjasama Suzuki bersama rakan teknikal dari China, Changzhou Haojue Suzuki Motorcycle Co. Difahamkan, model tersebut akan dijenamakan semula sebagai Suzuki GSX-S300 untuk pasaran dunia. Suzuki GSX-S300 ini memiliki enjin 298cc…
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa hari ini, PROTON akan kembali memulakan operasi bermula esok (5 Mei 2020). Operasi tersebut melibatkan pusat jualan dan servis yang akan bermula secara berperingkat dan hanya tertakluk kepada pusat yang terletak di zon kuning dan hijau sahaja. Kilang pengeluaran di Tanjung Malim dan Shah Alam dan…