Suzuki Bakal Perkenalkan GSX-S300 – 29hp, 27.8Nm!

Gambar di atas merujuk kepada sebuah motosikal jenama dari China, Haojue DR300 yang dijual di pasaran Asia terutamanya Asia Tenggara.

Haojue DR300 merupakan produk hasil kerjasama Suzuki bersama rakan teknikal dari China, Changzhou Haojue Suzuki Motorcycle Co.

Difahamkan, model tersebut akan dijenamakan semula sebagai Suzuki GSX-S300 untuk pasaran dunia.

Suzuki GSX-S300 ini memiliki enjin 298cc silinder berkembar dengan penyejukan cecair yang menjana 29hp pada 8,500rpm dan 27.8Nm pada 6,500rpm yang disalurkan menerusi tranmisi enam kelajuan.

Jentera ini menawarkan beberapa ciri menarik antaranya fork USD, lampu depan dan belakang LED serta paparan digital.

Jika spesifikasi keseluruhan yang terdapat pada DR300 dikekalkan, GSX-S300 ini akan dilengkapi dengan penyerap-mono boleh laras (preload).

Model ini turut didatangkan dengan ABS dwi-saluran Bosch.

Ketika ini tiada maklumat rasmi mengenai tarikh pelancaran model ini namun pastinya akan merancakkan lagi segmen motosikal 250 hingga 300cc.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply