Minta Bayaran Deposit, Kereta Elektrik Viral Mungkin Satu Penipuan?

Advertisements

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah kereta yang ditawarkan pada harga serendah RM13,800 sahaja.

Dikenali sebagai Mini EV X2, model tersebut merupakan kereta elektrik kompak berdasarkan info yang diperolehi daripada risalah dan laman sesawang miniev.online.

Bagaimanapun, Abang Gan dari Pandulaju.my menerusi laman Facebook telah melakukan semakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mendapati mereka tidak menerima sebarang permohonan mengenai kenderaan terbabit.

Bukan itu sahaja, didapati Mini EV X2 itu turut tidak mendapat kelulusan VAT untuk berada di atas jalan raya.

Namun, berdasarkan maklumat yang dikongsikan orang ramai yang menghubungi ejen jualan kereta terbabit, mereka meminta bayaran deposit di antara RM1,500 hingga RM2,000 meskipun tiada pengesahan daripada JPJ.

Senario ini sekaligus menimbulkan persoalan mengenai kesahihan penjualan kereta elektrik itu.

Pada masa sama, laman Facebook Cyber Crime Alet Royal Malaysia Police, turut menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang bayaran deposit bagi mengelakkan daripada ditipu sehinggalah kereta tersebut menerima pengesahan daripada JPJ.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!