Rizoma Lancar ‘The Stealth’ – Cermin Sisi Yang Bertindak Sebagai Winglet!

Antara langkah pertama yang sering dilakukan pemilik motosikal adalah menukar cermin sisi standard kepada sesuatu yang berlainan. Ini kerana, rata-rata reka bentuk cermin standard sememangnya tidak menarik perhatian dan seolah merosakan rupa keseluruhan jentera apatah lagi jika membabitkan motosikal jenis supersport. Ducati Panigale V4, BMW S 1000 RR, Honda CBR1000RR-R and Kawasaki ZX-10R merupakan antara…

Suzuki Kongsi ‘Teaser’ GSX-S1000 Baharu, Lancar 26 April Ini!

Setelah memperkenalkan Hayabusa serba baharu dan Burgman 400, Suzuki bakal melancarkan GSX-1000 2021 pada 26 April ini. Pengumuman tersebut dibuat menerusi pekongsian video ‘teaser’ yang dimuat naik ke laman YouTube Suzuki Global. Meskipun video berdurasi 17 saat itu tidak mendedahkan rupa jentera terbabit namun jelas memaparkan rekaan lampu depan serba baharu yang menempatkan tiga lampu…

MotoGP: Miller Sengaja Langgar Saya – Joan Mir

Disebalik kemenangan Fabio Quartararo di GP Doha, insiden membabitkan Jack Miller-Joan Mir turut mencuri perhatian. Telah berlaku persentuhan di antara pelumba Suzuki itu dan Miller di Turn 10 ketika sedang rancak merebut kedudukan ke-5. Akibat pelanggaran itu, pelumba Ducati itu tersasar dari garisan perlumbaan namun Mir bertindak mengangkat kaki kanan sebagai tanda permohonan maaf. Bagaimanapun,…

Moto2: Faktor Cuaca Beri Kesan Pada Sesi Kelayakan – Hafizh Syahrin

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, bakal memulakan aksi pusingan kedua GP Qatar di petak ke-27 selepas sekali lagi bergelut sewaktu sesi kelayakan. Pelumba NTS RW Racing itu mengharapkan pusingan kedua di litar sama menghadirkan keputusan yang lebih baik selepas gagal menamatkan aksi perlumbaan minggu lalu. Dia terpaksa bersara awal selepas jenteranya mengalami masalah teknikal selepas…

Moto2: Saya Masih Cuba Memahami Jentera – Hafizh Syahrin

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, mendedahkan masih memerlukan masa untuk mencapai keserasian dengan jentera baharu menjelang pusingan kedua di Litar Antarabangsa Losail, hujung minggu ini. Pelumba NTS RW Racing GP itu gagal menamatkan perlumbaan pada aksi pembukaan minggu lalu selepas hanya menyempurnakan 11 lap. “Saya masih cuba memahami jentera baharu ini secepat mungkin, walaupun masih…

CFMOTO Lancar 650NK SP Edition Di Australia

CFMOTO merupakan antara jenama yang telah mencapai populariti di sekitar Asia, Eropah dan Australia susulan menawarkan motosikal berkuasa tinggi namun dengan lingkungan harga mampu milik. Maka tidak hairanlah, CFMOTO menjadi pilihan peminat motosikal terutamanya di Australia. Sebagai penghargaan terhadap sokongan di pasaran negara itu, CFMOTO telah memperkenalkan 650NK SP Edition, yang telah dinaik taraf dengan…

Benelli, Royal Enfield Sah Sertai Honda Di EICMA 2021

Benelli dan Royal Enfield mengikut jejak Honda Motor Co. dalam menyertai EICMA 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 28 November ini. EICMA sememangnya menjadi platform terbesar bagi pengeluar motosikal dunia memperkenalkan model baharu di samping memberi bayangan projek akan datang. Bagaimanapun, ekoran pandemik Covid-19, EICMA edisi ke-78 yang sepatutnya berlangsung pada 2020 dibatalkan sekaligus…