Rizoma Lancar ‘The Stealth’ – Cermin Sisi Yang Bertindak Sebagai Winglet!

Antara langkah pertama yang sering dilakukan pemilik motosikal adalah menukar cermin sisi standard kepada sesuatu yang berlainan.

Ini kerana, rata-rata reka bentuk cermin standard sememangnya tidak menarik perhatian dan seolah merosakan rupa keseluruhan jentera apatah lagi jika membabitkan motosikal jenis supersport.

Ducati Panigale V4, BMW S 1000 RR, Honda CBR1000RR-R and Kawasaki ZX-10R merupakan antara barisan jentera supersport yang tampak cantik namun hampir kesemua hadir dengan rekaan cermin sisi yang membosankan.

Memahami perkara ini, Rizoma memperkenalkan ‘The Stealth’ akesori cermin yang turut bertindak sebagai ‘winglet’.

Stealth memfokuskan rekaan yang minimalis agar selari dengan rekaan sportbike dalam pasaran.

Menurut Rizoma, Stealth menawarkan ciri sebagai cermin sisi ketika bahagian cermin dipusingan 90 darjah namun bertindak sebagai winglet sewaktu ditututp.

Winglet tersebut bukanlah sekadar gaya sebaliknya meningkatkan downforce sewaktu menunggang dalam kelajuan tinggi. Rizoma mendakwa Stealth menghasilkan 4 kilogram downforce sewaktu kelajuan 300km/j.

Ketika ini, Stealth ditawarkan untuk model berikut; Honda CBR1000RR, BMW S 1000 RR, Kawasaki ZX-10R, Suzuki GSXR-1000, Yamaha YZF-R1, Ducati Panigale V2, dan Ducati Panigale V4.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]