Yamaha YZF-R7 OW-02 1999 Dengan Perbatuan Kosong Ini Untuk Dijual – RM345,300!

Bulan lalu, terdapat laporan seorang pengumpul motosikal di United Kingdom menawarkan beberapa motosikal untuk dijual antaranya Kawasaki ZX7-RR 1996 serta sebuah Ducati 1299 Superleggera 2014. Kini, individu terbabit turut menawarkan sebuah jentera edisi terhad keluaran 1999, Yamaha YZF-R7 OW-02. Terhad kepada 500 unit seluruh dunia, jentera bernadikan enjin 750cc ini dijual pada harga GBP59,995 (RM345,300)….

Ducati Scrambler Desert Sled Terhad Kepada 800 Unit Didedahkan – Dengan Kerjasama Fasthouse!

Sebagai penghargaan terhadap kejayaan pelumba, Jordan Graham dalam kelas Hooligan di Mint 400, Scrambler Ducati bersama Fasthouse memperkenalkan Scrambler Desert Sled Fasthouse edisi terhad. Terhad kepada 800 unit sahaja seluruh dunia, Ducati Scrambler Desert Sled Fasthouse ini dibina berasaskan model Desert Sled namun dibezakan dengan gabungan livery khas serta grafik yang terdapat pada jentera beraksi…

Yamaha Sah Bangunkan YZF-R7, Kongsi Enjin MT-07

Baru-baru ini timbul khabar angin mengatakan Yamaha Motor Co. Ltd bakal bangunkan sebuah motosikal baharu dengan nama YZF-R7. Dalam perkembangan terkini, Yamaha disahkan bakal memperkenalkan motosikal tersebut menerusi dokumen CARB yang telah difailkan di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, motosikal tersebut bukanlah meneruskan sejarah R7 dengan enjin 750cc 4-silinder yang pernah gah satu ketika dulu. Sebaliknya, dokumen…

SPYSHOT: Ducati Multistrada V4 Edisi Pikes Peak – “Single-Sided Swingarm” Kembali!

Awal tahun ini, timbul khabar angin mengatakan terdapat satu lagi varian baharu Ducati Multistrada V4 akan diperkenalkan. Maklumat itu tersebar menerusi dokumen EPA yang telah difailkan di Amerika Syarikat dengan laporan antarabangsa mendakwa motosikal terbabit merujuk kepada Multistrada V4 Pikes Peak Edition. Dalam laporan terbaru, Moto.it, berjaya mendapatkan beberapa foto “spyshot” yang mengesahkan varian baharu…

MotoGP: Jorge Lorenzo “Mengganas” Lagi, Kali Ini Persoal Karier 18 Tahun Aleix Espargaro

Setelah terbabit dalam isu bertikam lidah dengan Jack Miller di media sosial, Jorge Lorenzo kembali mencuri tumpuan dengan perkongsian terbaru di Twitter. Bekas juara dunia tiga kali itu telah memuat naik ‘screenshot’ yang diambil dari Wikipedia mengenai sejarah karier pelumba Aprilia, Aleix Espargaro. ?????????????????????….!!!!!!!! 0 victories in 18 years really!!?? I knew your manager is…

MotoGP: Didakwa Sindir Kemalangan Crutchlow, Miller Bidas Lorenzo

Laman media sosial MotoGP menjadi panas gara-gara memuat naik imej kemalangan menimpa pelumba uji Yamaha, Cal Crutchlow. Crutchlow kemalangan di Selekoh 2 (Turn 2) di Litar Antarabangsa Losail sewaktu sesi ujian pra-musim 2021. Dia sertai beberapa pelumba lain yang terbabas di Selekoh 2 sebaik selepas suhu litar turun ekoran cuaca bertukar malam. View this post…

MotoGP: Morbidelli Pelumba Yamaha Terpantas Hari Pertama Ujian Pra-Musim

Franco Morbidelli meneruskan momentum musim lalu dengan muncul pelumba Yamaha terpantas bagi sesi ujian sulung musim 2021 di Qatar. Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu merekodkan masa ketujuh terpantas keseluruhan, dua kedududkan di atas pelumba factory, Maverick Vinales. “Lega dapat kembali menunggang, saya rindukan jentera M1 saya. “Saya sangat rindu akan kelajuan dan…

Pengeluaran Ducati Monster 2021 Bermula

Ducati mengumumkan pengeluaran bagi Monster 2021 telah pun dimulakan di kilang Borgo Panigale. Hadir menyaksikan pemasangan model baharu itu adalah dua pelumba Ducati di MotoGP, Enea Bastianini dan Luca Marini. Bastianini dan Marini sempat singgah sebelum ke Qatar bagi sesi ujian rasmi sulung musim ini. Ducati Monster merupakan model paling popular Ducati dengan lebih 350,000…

Aprilia Lancar RSV4 2021 – 217HP, 125Nm!

Aprilia dengan rasminya memperkenalkan RSV4 2021 yang menawarkan rekaan serba baharu. Rekaan baharu ini terhasil daripada pembangunan aerodinamik serba canggih dan diinspirasikan daripada RS660. RSV4 baharu ini juga tampil dengan chasis lebih ringan dengan penggunaan swingarm baharu yang diinspirasikan daripada Aprilia RS-GP di MotoGP. Aprilia juga integrasikan ‘winglet’ kepada fairing kiri dan kanan sekaligus meningkatkan…