Marc Marquez berjaya mengutip mata pertamanya selepas hampir setahun tidak berlumba ekoran kecederaan. Enam kali juara dunia MotoGP itu muncul pelumba Honda terpantas di GP Portugal apabila melepasi garisan penamat di kedudukan ketujuh selepas 25 lap dengan Fabio Quartararo muncul pemenang, diikuti Francesco Bagnaia kedua dan Joan Mir, ketiga. Bagaimanapun, sebaik kembali ke paddock, Marquez…
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Fabio Quartararo meneruskan momentum kecemerlangan apabila meraih petak pertama di sesi kelayakan GP Portugal. Pelumba Monster Energy Yamaha itu merekodkan masa terpantas 1 minit 38.862 saat lantas memperbaiki catatan 1m39.199s yang dilakukannya sewaktu di litar sama musim lalu. Quartarao pada awalnya kehilangan kedudukan pertama apabila pelumba Ducati, Francesco Bagnaia melakar rekod terpantas litar dengan 1m38.494s…
Sepasang suami isteri di Indonesia menjadi viral apabila bertindak membeli sebuah motosikal jenis Yamaha NMAX dengan duit syiling. Totok Tri Bartonnanto bersama isterinya, Hasnaini, telah datang ke sebuah kedai motosikal di wilayah Kalimantan Timur dengan membawa 31 beg berisi duit syiling. Duit syiling tersebut merupakan wang yang telah dikumpul sejak beberapa tahun lepas dalam usaha…
Tiga kali juara dunia MotoGP, Jorge Lorenzo, menyifatkan aksi Valentino Rossi sewaktu di GP Doha sebagai mengecewakan. Setelah mencatat masa keempat terpantas di sesi kelayakan pada aksi pembukaan GP Qatar, Rossi bergelut dalam minggu seterusnya apabila sekadar mengisi petak ke-21 di GP Doha. Senario itu merupakan keputusan kelayakan terburuk dalam karier 25 tahun di MotoGP…
Baru-baru ini KTM telah pun melancarkan 1290 Super Duke RR yang terhad kepada 500 unit seluruh dunia. Motosikal tersebut dibina berlandaskan 1290 Super Duke R namun telah dinaik taraf dengan beberapa ciri premium antaranya panel gentian karbon (carbon fiber), fungsi ‘fast throttle’, ekzos slip on Akrapovic, tayar Michelin Power Cup2 dan fork depan WP Apex…
Pembinaan Litar Jalan Raya Mandalika di Indonesia telah mendapat perhatian Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB dalam satu kenyataan mengecam pendekatan yang digunakan dalam pembinaan litar tersebut yang dijadualkan akan melangsungkan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) dan kejuaraan MotoGP. Berdasarkan siasatan yang dijalankan, pihak PBB mendapati Indonesia telah mencabul hak asasi orang asli…
Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez, akan kembali berlumba bermula di GP Portugal setelah hampir setahun diketepikan ekoran kecederaan. Enam kali juara dunia MotoGP itu tersisih daripada perlumbaan sejak mengalami kemalangan dalam aksi pembukaan di Jerez tahun lalu. Sejak itu, pelumba berusia 28 tahun itu telah pun menjalani tiga pembedahan di bahagian lengan kanan. Meskipun telah…
Dalam usaha untuk memberi saingan terhadap segmen motosikal 250-300cc, jenama motosikal Itali-China, Benelli, dengan rasminya mendedahkan 302R 2021. Benelli 302R bukanlah model popular jika dibandingkan dengan jenama Jepun lain namun berdasarkan model baharu yang telah dinaik taraf dari pelbagai aspek, model ini dijangka mamu memberi saingan lebih kompetitif. Bagi 2021, Benelli 302R tampil dengan rekaan…
Pihak Dorna dan FIM telah terbang ke Indonesia bagi meninjau perkembangan litar MotoGP Mandalika, pada Isnin. Menurut laporan, wakil Dorna dan FIM akan berkunjung ke Indonesia sebelum terbang ke Eropah bagi pusingan ketiga MotoGP bagi melihat dengan lebih dekat litar jalan raya Mandalika. Perkara itu disahkan wakil Mandalika Grand Prix Association (MGPA),Dyan Dilato. “Isnin ini…