Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, telah selesai menjalani sesi ujian sebagai persediaan menghadapi GP Itali, minggu depan. Sesi ujian di Litar Catalunya, Barcelona itu menyaksikan Hafizh merekodkan 120 lap dalam tempoh 1 hari setengah dalam usaha untuk terus memperkemas prestasi dan memahami jentera. Usaha Hafizh turut mendapat pujian pengurus pasukan RW Racing GP, Jarno Janssen….
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
MotoGP musim 2022 bakal menyaksikan Ducati menurunkan lapan jentera bergantung kepada perbincangan bersama pasukan VR46 dan Gresini. Perkara itu didedahkan Pengarah Sukan Ducati di MotoGP, Paolo Ciabatti. “Kami sedang berbincang mengenai perkara itu. Tawaran untuk menurunkan lapan jentera sedang dalam pertimbangan. “Kami mampu mengendalikan senario ini dan ini juga membenarkan kami untuk memberi peluang kepada…
Valentino Rossi hanya akan membuat keputusan mengenai kariernya di MotoGP sewaktu cuti musim panas pada Julai. Pelumba berusia 42 tahun itu memaklumkan perkara itu ketika temubual bersama media Indonesia, Trans7. “Saya akan membuat keputusan mengenai musim depan selepas sembilan pusingan kerana ketika itu cuti musim panas,” jelasnya. Mengambil kira cuti musim panas akan bermula selepas…
Dalam usaha menangani masalah pencemaran dan memperbaiki kualiti udara, Singapura bakal menguatkuasakan peraturan emisi lebih ketat pada 2023. Peraturan baharu itu yang akan dikuatkuasakan pada April 2023 menyaksikan motosikal yang didaftarkan sebelum 1 Julai 2003 hanya akan dibenarkan berada atas jalan raya sehingga 30 Jun 2028 namun dengan syarat motosikal tersebut haruslah mencapai standard emisi…
Yamaha dengan rasminya melancarkan YZF-R7 2022 serba baharu, motosikal segmen supersport terbaru dari pengeluar Jepun itu. Dibina berlandaskan platform enjin CP2 689cc yang sama terdapat pada model naked, MT-07, R7 ini turut menampilkan kerangka yang ringan digabungkan bersama ciri aerodinamik terbaik yang diinspirasikan daripada R6 dan R1. Chasis YZF-R7 dibina dengan kerangka jenis ‘high-strenght steel’…
Valentino Rossi mendedahkan bahawa Yamaha dan Ducati dalam pertimbagan Aramco Racing Team VR46 dalam menghadapi saingan MotoGP 2022. Meskipun Yamaha sememangnya dalam jangkaan namun peluang untuk beraksi musim depan bersama Ducati turut terbuka menerusi Avintia Racing (Ducati). Ini kerana Avintia membuat keputusan untuk meninggalkan saingan MotoGP hujung musim ini lantas membuka peluang pada VR46 untuk…
“Saya sudah menjelaskan bahawa bagi musim 2022, saya mahukan jentera factory,” demikikan kenyataan dikeluarkan Franco Morbidelli sewaktu ditemu bual media antarabangsa, minggu lalu. Pelumba Petronas Sepang Racing Team (PSRT) itu merupakan pelumba tunggal Yamaha musim ini yang masih lagi kempunan jentera factory sejak 2019 meskipun menamatkan musim 2020 di tempat kedua. Ketika pelumba Yamaha lain,…
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, akhirnya mengutip mata pertama musim ini meskipun menamatkan aksi di kedudukan ke-16. Penganugerahan mata itu diberikan ekoran keputusan Lorenzo Dalla Porta menduduki tempat ke-11 dibatalkan sekaligus menyaksikan Hafizh secara rasminya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15. Keputusan pembatalan pelumba itu dibuat setelah mendapati Dalla Porta dan jentera Moto2 miliknya merekodkan (gabungan)…
Pelumba pasukan Petronas Sepang Racing Team (PSRT), Valentino Rossi, mengharapkan prestasi yang lebih baik dapat dipamerkan di Le Mans, hujung minggu ini. Rossi sekadar menamatkan aksi di Jerez pada kedudukan ke-17 dua minggu lalu, sekaligus menyaksikan pelumba berusia 42 tahun itu sekadar mengutip empat mata selepas empat pusingan setakat ini. “Hujung minggu ini, saya mahu…