Baru-baru ini, Benelli telah pun merasmikan 1200GT di Beijing Motor Show, setahun selepas mendedahkan motosikal itu sebagai model konsep. Benelli 1200GT ini merupakan jentera bersesaran 1,279cc tiga silinder yang merupakan enjin terbesar dan berkuasa pernah dihasilkan syarikat itu yang menawarkan 134hp pada 9,000rpm dan 119Nm pada 6,500rpm. Menariknya, ketika pelancaran tersebut, Benelli – yang merupakan…
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Dorna Sport mengesahkan bahawa GP Styria dan GP Austria yang berlangsung di Litar Red Bull Ring, dibenarkan menerima kunjungan penonton 100 peratus, Ogos ini. Senario ini dibenarkan selepas kerajaan Austria membatalkan sebarang sekatan terhadap mana-mana acara sukan bermula musim panas ini. Ini sekaligus menyaksikan Red Bull Ring akan membuka pintunya kepada peminat MotoGP yang telah…
Lagu negaraku berkumandang di Litar Catalunya, Sepanyol selepas pelumba negara, Syarifuddin Azman @ Damok, berjaya merekodkan kemenangan di Race 1 Kejuaraan CEV Repsol 2021 kategori Moto3. Pelumba SIC Racing itu berjaya mengetepikan cabaran David Munoz Rodriguez (Avatel-Cardoso Racing) dan Jose Antonio Rueda (Estrella Galicia) untuk menamatkan Race 1 dengan cemerlang. Bagaimanapun, Damok tidak dapat meneruskan…
Pengeluar motosikal Itali, MV Agusta, semakin meningkat naik dibawah kendalian Ketua Pegawai Eksekutif baharu, Timur Sardarov. Sardarov, yang sebelum ini merupakan antara pelabur syarikat Itali itu, mengambil alih sepenuhnya MV Agusta pada 2019. Sejak pengambilalihan itu, fokus MV Agusta adalah kembali menyusun struktur syarikat dan mula menangani isu kebolehpercayaan serta memperbaiki pengalaman pemilikan pelanggan. “Antara…
Kawasaki mencuri tumpuan sebaik melancarkan ZX-25R di Indonesia sekitar Julai tahun lalu. Hampir setahun kemudian, populariti motosikal sportsbike segmen 250cc itu terus meningkat naik dan hasilnya mengatasi sasaran 2,000 unit yang ditetapkan. Menerusi pelancaran empat pilihan warna baharu semalam, Kawasaki Motor Indonesia (KMI) mendedahkan jualan ZX-25R telah pun melebihi 4,000 unit setakat ini, lebih dua…
Jonathan Rea mengakui peluang untuk beraksi di MotoGP sudah pun ditutup meskipun mendominasi Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) dengan enam kejuaraan berturut-turut. Keputusan berhijrah ke Kawasaki Racing Team (KRT) selepas beberapa musim bersama Honda ternyata membuahkan hasil apabila gandingan Rea bersama jentera ZX-10RR menghadirkan kejayaan berganda. Dia kini memegang status selaku enam kali juara WorldSBK selepas…
Kawasaki memperkenalkan dua pilihan warna baharu bagi model naked, Z650 bagi tahun 2021. Menurut Kawasaki, Z650 kini didatangkan dengan warna Metallic Spark Black dan Pearl Robotic White. Pengeluar motosikal Jepun itu turut mengemaskini grafik di bahagian tangki. Bagaimanapun, kesemua ciri dan spesifikasi kekal sama dengan Z650 2021 ini masih lagi dikuasakan enjin 649cc parallel-twin yang…
Varian Ducati 1260 S terus diperluas dengan varian baharu yang dikenali sebagai “Black and Steel”. Diinspirasikan daripada jentera konsep Diavel “Materico” yang didedahkan pada Milan Design Week 2019, ciri utama varian baharu ini ditonjolkan menerusi gabungan grafik dan warna baharu. Diavel 1260 S “Black Steel” ini menampilkan grafik asimetri yang dipadankan bersama warna ‘glossy grey’…
Pasaran motosikal ketika ini telah pun dilambakkan dengan pelbagai model yang telah dinaik taraf dengan reka bentuk, enjin dan elektronik baharu. Namun, lain kisahnya bagi pengeluar motosikal Jepun, Suzuki, yang masih lagi ketinggalan di belakang terutamanya model ‘flagship’ GSX-R1000. Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, kilang Hamamatsu dikhabarkan bakal memperkenalkan GSX-R1000 2022 serba baharu lewat tahun ini….