Ducati Perkenalkan Diavel 1260 S “Black And Steel”

Varian Ducati 1260 S terus diperluas dengan varian baharu yang dikenali sebagai “Black and Steel”.

Diinspirasikan daripada jentera konsep Diavel “Materico” yang didedahkan pada Milan Design Week 2019, ciri utama varian baharu ini ditonjolkan menerusi gabungan grafik dan warna baharu.

Diavel 1260 S “Black Steel” ini menampilkan grafik asimetri yang dipadankan bersama warna ‘glossy grey’ dan ‘matt black’.

Sentuhan warna kuning yang terdapat di bahagian ekor, kerangka dan beberapa panel lain turut menyerlahkan lagi model “Black and Steel” ini.

Bagaiamanpun, Diavel 1260 S “Black and Steel” ini masih lagi mengekalkan enjin 1262cc Testastreeta DVT yang mampu menghasilkan 162hp dan 129Nm.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]