Dalam usaha mencapai kestabilan terbaik terutamanya sewaktu menunggang motosikal pada kelajuan tinggi, Yamaha sedang menguji prototaip sistem stering terbaru pada sebuah jentera ‘dirt bike’. Dinamakan sebagai ‘Yamaha EPS Steering Support System’, sistem terbaru ini menggabungan fungsi ‘steering damper’ dan ‘power steering assist’. Prototaip tersebut menggabungkan ‘torque sensor’, magnet dan ‘actuator’ (penggerak) yang kemudiannya bertindak sebagai…
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Kejuaraan elektrik skuter pertama dunia telah pun disahkan akan berlangsung di Timur London pada bulan Mei ini. London Docklands bakal menjadi medan pertembungan sulung antara pelumba e-skuter dunia yang akan berlumba dengan kelajuan lebih 100km/j dengan jentera masing-masing. Sementara itu, pihak penganjur yang turut dibarisi juara Formula E dan Le Mans, Lucas Di Grassi serta…
Umum mengetahui Suzuki Malaysia telah pun melancarkan tiga model dengan kapasiti 150cc untuk pasaran tempatan, baru-baru ini. Pelancan tiga model tersebut mengisi segmen kapcai, ‘naked’ dan ‘full-fairing’ menerusi Raider R150 Fi, GSX-S150 dan GSX-R150. Bagaimanapun, terdapat sebuah model bersesaran 112.8cc yang mungkin boleh dipertimbangkan untuk pasaran Malaysia ekoran menawarkan ciri praktikal untuk pengguna di Malaysia….
Marc Marquez disahkan tidak akan terlibat dengan pusingan kedua MotoGP di Argentina ekoran masih lagi terkesan dengan diplopia (penglihatan berganda). Enam kali juara dunia MotoGP itu mengalami kemalangan serius sewaktu sesi pemanas badan di Litar Mandalika pada 20 Mac lalu dan terpaksa diketepikan daripada aksi perlumbaan. Dia kemudiannya disahkan mengalami diplopia kali kedua ekoran daripada…
Ketika pameran motosikal EICMA berlangsung di Milan tahun lalu, CFMoto mencuri tumpuan apabila mendedahkan jentera konsep SR-C21. Menampilkan rekaan moden dan agresif, jentera tersebut ternyata menarik perhatian apabila turut didatangkan dengan beberapa komponen premium termasuk ekzos SC Project dan brek Brembo. CFMoto juga merupakan antara pengeluar motosikal China yang menampakkan peningkatan mendadak dari segi rekaan…
Pengeluar motosikal Itali, Piaggio Group memilih Indonesia sebagai destinasi ketiga di rantau Asia untuk membuka kilang pemasangan. Kilang serba baharu itu dilaporkan akan beroperasi sepenuhnya pada separuh kedua tahun ini. Menjadikan Jakarta sebagai lokasi pilihan, kilang berkeluasan 55,000 meter itu akan sertai dua kilang lain di Asia, Vin Puch (Vietnam) dan Foshan (China). Perkembangan terbaru…
Yamaha telah memperkenalkan varian SP bagi XMax 300 untuk pasaran Thailand yang menyaksikan skuter maxi itu mendapat beberapa naik taraf premium bagi tahun 2022. Antara kemas kini terbaru adalah penggunaan sistem suspensi belakang dari Ohlins serta tempat duduk eksklusif Yamaha Tech Max. Yamaha XMax 300 SP itu juga didatangkan dengan paparan digital LCD yang menyamai…
Pelumba negara, Hafizh Syahrin, bakal membuka tirai 2022 dengan beraksi di pentas Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK) selepas meninggalkan Kejuaraan Dunia Moto2 tahun lalu. Hafizh telah pun menjalani ujian dua hari di Litar Catalunya di Barcelona bersama jentera Honda CBR1000RR-R Fireblade SP yang akan digunakan dalam musim ini. Ini merupakan ujian sulung bagi Hafizh selepas disahkan…
Pelumba Cardinals Racing Team, Ahmad Afif Amran menghadiahkan kemenangan untuk pasukannya apabila mengungguli Perlumbaan 2 kategori UB150 di Buriram pada Ahad. Bermula di petak keempat ternyata tidak menyekat Afif untuk bersaing dengan kelompok depan dan bignkas menempatkan dirinya di belakang pendahulu selpeas tiga lap. Afif kemudiannya terus mendahulu perlumbaan di lap keempat dan memulakan asakan…