Pasukan PETRONAS Sprinta Racing Team bagi kelas Moto3 dan Moto2 telah menjalankan ujian pra musim persendirian mereka. Ujian ini telah mengambil tempat di litar halaman pasukan berkenaan, iaitu Litar Antarabangsa Sepang. Ujian ini telah diadakan sebelum bermulanya ujian pra musim Moto3 dan Moto2 rasmi di Jerez.
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Pada setiap tahun, kelas Moto3, Moto2, dan MotoGP akan mengadakan ujian pra musim. Antara ujian-ujian pra musim ini, perhatian yang lebih teliti telah diberikan kepada kelas MotoGP. Ianya teramatlah penting pada masa ini oleh kerana adanya had terhadap pengujian dan pembangunan sewaktu musim sedang berjalan.
State Railway of Thailand (SRT) akan menghentikan pengangkutan motosikal melebihi 125cc. Penguatkuasaan ini bermula pada 1 Februari 2019. Ada di kalangan penunggang dari Malaysia yang menghantar motosikal mereka ke Chiang Mai sebelum menunggang ke Mae Hong Son.
Cabaran BMW Motorrad International GS Trophy 2020 akan mengambil tempat di “Middle Earth”; New Zealand. Acara ini terbuka buat semua pemilik motosikal BMW dari seluruh dunia Nantikan kemunculan pusingan kelayakan Malaysia!
Kelab Pemilik Desmo Malaysia (DOCM) telah berpeluang menyertai satu sesi ramah mesra istimewa ketika Ujian Pra Musim Sepang baru-baru ini. Mereka telah berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat jentera Desmosedici GP19 baharu dan bertemu dengan para penunggang pasukan Mission Winnow Ducati. Kehadiran mereka menjadi bertambah istimewa apabila para penunggang Ducati berjaya merekodkan catatan masa terpantas…
Sebuah mahkamah di Jerman telah memihak kepada Dainese dalam kes saman pencabulan paten menentang Alpinestars. Mereka pada mulanya telah menyaman Alpinestars pada tahun 2015 kerana menggunakan sebahagian daripada ves D-Air Dainese dalam rekaan ves Tech-Air Alpinestars tanpa bayaran untuk paten berkenaan. Mereka juga turut memfailkan litigasi di Itali, UK, dan Perancis.
Gambar intipan sebuah motosikal prototaip Triumph Daytona 765 telah pun tersebar. Ramai yang telah menantikan kemunculan Daytona baharu memandangkan pelibatan Triumph dalam Moto2. Motosikal prototaip ini kelihatan sama seperti Daytona 765 yang sebelum ini, namun dengan enjin dan suspensi baharu.
Seorang penunggang motosikal di Indonesia telah mengamuk dan memusnahkan motosikalnya sendiri. Pihak polis telah menahannya kerana menunggang melawan aliran trafik dan mengenakan saman ke atasnya. Dia memusnahkan motosikalnya dengan mengangkat dan menghempas, mencabut keluar kelengkapan, dan menghentaknya dengan batu
Para penunggang Ducati telah membolot empat tempat teratas pada hari terakhir Ujian Pra Musim MotoGP 2019 Sepang. Empat penunggang Ducati berkenaan adalah antara enam penunggang yang telah memecahkan rekod catatan masa ujian sebelum ini. Ducati, Yamaha, dan Suzuki telah menguji reraup baharu mereka sewaktu ujian ini.