Harga bagi model BMW S 1000 RR 2019 telah didedahkan bagi pasaran Amerika Syarikat. Bermula dari $16,999, pembeli boleh memilih pelbagai pakej yang berbeza mengikut keperluan atau kemahuan para pembeli. Harga yang diperkenalkan itu cukup menggiurkan jika dibandingkan dengan motosikal supersport keluaran Eropah yang lain.
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Sejak diperkenalkan pada tahun 2017, Honda CB1000R Neo Retro Sports Cafe telah mendapat tempat di hati peminat jentera dua roda di Malaysia. Manakan tidak, dengan rekaan ala retro dan suntikan moden memperlihatkan model yang luar biasa. Bagi merancakkan lagi penghasilan CB1000R, Honda Motor Europe Iberia telah melancarkan pertandingan Honda Garage Dreams bagi pengedar melakukan pengubahsuaian…
Dalam masa beberapa tahun lagi, anda mungkin boleh membuat cetakan 3D kelengkapan anda sendiri. Sebuah firma reka bentuk Perancis, VIBA telah mencetak 3D komponen motosikal Honda Monkey ini. Komponen-komponen tersebut adalah buatan aluminium, dan bukannya dari plastik.
Sebuah prototaip KTM 1290 Super Adventure telah diintip menjalani ujian jalan raya. Motosikal tersebut tampak telah meletakkan bahanapinya rendah dan ke depan seperti model 790 Adventure. Meletakkan bahanapinya rendah dan ke depan menghasilkan pusat graviti yang lebih rendah.
Bagi sesiapa yang menyaksikan animasi M.A.S.K sekitar tahun 80an pastinya akan ada yang teringat dengan jentera motosikal yang diberi nama Condor ekoran keupayaannya untuk terbang apabila bertukar menjadi sebuah helikopter. Bayangkan apabila kenderaan yang suatu ketika dulu hanya wujud di dalam rancangan animasi kini bakal menjadi kenyataan menerusi La Moto Volante yang dihasilkan oleh Lazareth…
Kami bersama dengan beberapa wakil pengedar rasmi jenama Zontes di Malaysia telah berpeluang untuk melawat kilang Guangdong Tayo Motorcycle Technology Co., Ltd. di China. Syarikat ini mengilangkan jenama Zontes di samping beberapa buah jenama yang lain. Apa yang telah kami saksikan di sana cukup menakjubkan dan mengagumkan semua yang turut serta dalam lawatan ini.
Valtteri Bottas berjaya mengatasi rakan sepasukan Mercedes dan pertahan juara, Lewis Hamilton dalam aksi pembukaan tirai Formula 1 di GP Australia. Hamilton memulakan perlumbaan di petak pertama buat kali keenam berturut-turut di Melborne namun dipintas seawal selekoh pertama dan tidak mampu mengekori rapat Bottas yang kali terakhir muncul pemenang di GP Abu Dhabi 2017. Max…
Isu berkenaan dengan kelengkapan aerodinamik dalam MotoGP bertambah hangat apabila Ducati memberi amaran akan mengusulkan bantahan terhadap winglet Honda. Menurut Ducati, winglet Honda mendatangkan bahaya atas beberapa sebab. Isu ini timbul kerana penglibatan Honda dalam bantahan penggunaan winglet Ducati pada lengan ayun jentera GP19 di Qatar.
Penganjur kejohanan MotoE World Cup telah mengesahkan bahawa punca kebakaran berkenaan adalah sebuah litar pintas. Gudang sementara bersama dengan jentera dan kelengkapan MotoE di Litar Jerez itu habis musnah dijilat api. Kebakaran itu telah membantutkan baki ujian pra musim dan juga pusingan pertama pada bulan Mei yang akan datang.