Gigi Dall”Igna dan Ducati telah mengadakan satu sidang akhbar bagi memberikan penjelasan mengenai winglet lengan ayun sebelum bermulanya hujung minggu MotoGP Argentina. Data mendedahkan yang alat tersebut menyejukkan tayar belakang dengan purata 7º dan memberikan daya ‘downforce’ yang boleh diabaikan serendah 300 gram. Dall’Igna turut menyatakan yang Ducati mendapat ilham dari penempias air buatan Yamaha.
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Motosikal MV Agusta Dragster 800 RR America 2019 telah diperkenalkan bagi meraikan ulang tahun ke-25 model Brutale America. Sesuai dengan namanya itu, ia akan ditampilkan dalam skema warna merah, putih, dan biru. Hanya 200 buah unit akan dibina.
Sebuah syarikat dari Jepun, A.L.I. Technologies sedang dalam perancangan untuk memasarkan motosikal terbang keluaran mereka menjelang tahun 2022. Kenderaan ini dibangunkan bagi memudahkan perjalanan di negara yang membangun dengan jalan raya yang teruk. Syarikat ini merancang untuk memperkenalkan model edisi terhad menjelang lewat tahun hadapan.
Motosikal konsep Aprilia “RS660” mungkin bakal diperkenalkan sebagai model tahun 2020. Enjinnya mungkin akan diambil dari motosikal superbike RSV4, tanpa dua silinder belakangnya. Diharapkan yang ia muncul dengan tanda harga yang amat berdaya saing.
Druid Motorcycle – yang menjadi pengeluar motosikal pertama dunia menggunakan pencetakkan 3D dan dikenali sebagai Zontes di Malaysia – telah memperkenalkan ‘continous cloud connectivity’ bagi platform Prophet. Algoritma kawanan ini menghubungkan semua motosikal Druid bagi meningkatkan prestasi dan jarak perjalanan. System Warning dan Referral Matrix (SWARM) milik Druid merupakan ‘Artificial Intelligence’ (A.i) yang akan membaca…
Model Royal Enfield Bullet 350 Trials dan Royal Enfield Bullet 500 Trials telah dilancarkan. Pelancarannya itu adalah susulan kepada video teaser sebuah motosikal yang ditunggang secara ‘off-road’. Kedua-dua buah model ini berasaskan kepada model Bullet 350 dan Bullet 500, tetapi dengan beberapa buah perbezaan.
Model Ducati Diavel 1260 yang baharu dan Yamaha Niken telah memenangi anugerah berprestij Red Dot 2019 bagi kategori Reka Bentuk. Para juri menganugerahkan penghormatan ini kepada produk berdasarkan reka bentuk dan inovasi. Para pemenang boleh menayangkan label Red Dot pada produk mereka.
Mahkamah Rayuan MotoGP telah memutuskan yang winglet lengan ayun Ducati tidak menyalahi peraturan. Ianya berikutan dengan bantahan yang dikemukakan oleh empat pengeluar selepas perlumbaan MotoGP Qatar. Keputusan ini bermakna yang Andrea Dovizioso mengekalkan kemenangan, mata, dan kedudukannya dalam anak tangga kejohanan.
Mick Schumacher, anak kepada juara dunia tujuh kali Formula 1, Michael Schumacher, bakal membuat ujian sulung bersama pasukan Ferrari, 2 April ini. Pelumba berusia 20 tahun itu – yang telah menyertai akademi Ferrari – akan memandu jentera mereka dan Alfa Romeo di Bahrain. Seorang lagi ahli akademi Ferrari, Callum Ilott, turut diberikan peluang untuk menguji…