Druid Motorcycles Menghubungkan Semua Motosikal Dengan Sistem AI

Druid Motorcycle – yang menjadi pengeluar motosikal pertama dunia menggunakan pencetakkan 3D  dan dikenali sebagai Zontes di Malaysia – telah memperkenalkan ‘continous cloud connectivity’ bagi platform Prophet.

Algoritma kawanan ini menghubungkan semua motosikal Druid bagi meningkatkan prestasi dan jarak perjalanan.

System Warning dan Referral Matrix (SWARM) milik Druid merupakan ‘Artificial Intelligence’ (A.i) yang akan membaca data tunggangan motosikal antaranya kelajuan, dan penggunaan tenaga sebelum berkongsi maklumat tersebut lebih daripada 1000 motosikal Druid lain.

Ciri terbaru ini kemudiannya akan melaraskan sistem motosikal mengikut cuaca, bentuk jalan, dan cara tunggangan di samping memaksimakan prestasi dan jarak yang mampu dicapai setiap jentera Druid.

Pengasas dan pereka utama, Milan Svoboda berkongsi bagaimana dia mendapat ilham untuk menggabungkan semua motosikal Druid melalui platfrom Prophet.

“Saya pernah menjadi penjaga lebah di usia muda dan ketika memerhatikan mereka, saya mendapati setiap lebah berkomunikasi antara satu sama lain agar kawanan mereka lebih efisien. Teknologi yang kami ada hari ini menjadikan perkongsian data tidak mustahil untuk dilakukan.

Tempahan awal akan dibuka bagi model Sorcerer Hybrid dan Sorcerer XEV bermula Mei ini dengan majlis pelancaran akan berlangsung di Austin, Texas.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]