Mick Shumacher Bakal Teruskan Legasi Ayahnya di Formula 1

Mick Schumacher, anak kepada juara dunia tujuh kali Formula 1, Michael Schumacher, bakal membuat ujian sulung bersama pasukan Ferrari, 2 April ini.

Pelumba berusia 20 tahun itu – yang telah menyertai akademi Ferrari – akan memandu jentera mereka dan Alfa Romeo di Bahrain.

Seorang lagi ahli akademi Ferrari, Callum Ilott, turut diberikan peluang untuk menguji jentera Alfa Romeo di Sepanyol pada 14-15 Mei ini.

Schumacher, yang membuat penampilan sulung dalam Formula 2 baru-baru ini berkata:”Saya berasa amat teruja jadi terima kasih kepada Ferrari kerana memberi saya peluang ini.

“Saya tidak sabar untuk menempuh sesi ujian itu nanti. Bagaimanapun, saya tidak ingin terlalu leka kerana perlu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perlumbaan F2,”katanya.

Sekiranya, Mick menyertai sukan F1 secara rasmi satu hari nanti, dia bakal berdepan cabaran besar ekoran membawa nama ayahnya.

Michael Schumacher bersara buat kali kedua pada Disember 2012 sebelum terlibat dalam kemalangan ski setahun kemudian, bekas pelumba berusia 50 tahun itu masih menjalani rawatan sehingga kini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]