Honda CRF1000L Africa Twin mungkin akan tampil dengan enjin berkapasiti 1100cc pada tahun 2020. Penambahan kapasiti ini adalah untuk menyediakan motosikal tersebut bagi mematuhi piawaian Euro 5. Motosikal kembara kelas pertengahan turut menghasilkan jumlah kuasa yang sama seperti model Africa Twin semasa.
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Sebuah Honda GL1800 Gold Wing baharu versi lebih ringkas telah diperkenalkan. Ia mendiami segmen motosikal bagger,tetapi tanpa kotak bagasi atas (top case) dan mempunyai penghadang angin yang lebih rendah. Fungsi dan ciri yang lain masih dikekalkan.
Motosikal streetfighter, Zero SR/F telah bersedia untuk perlumbaan Pikes Peak International Hill Climb tahun ini. Motosikal ini telah dilancarkan pada bulan Januari lalu. Motor elektriknya mampu menghasilkan sehingga 110hp dan 189.8Nm tork.
Pasukan Ten Kate akan kembali ke kejohanan perlumbaan motosikal pengeluaran, WorldSBK, bersama Yamaha dan Loris Baz. Pasukan ini akan mendapat sokongan sepenuhnya Yamaha Europe dan akan memiliki kelengkapan yang sama seperti pasukan pengilang. Pasukan tersebut telah digugurkan oleh HRC pada saat-saat terakhir pada tahun lepas.
Piaggio Group telah membuka cawangan Motoplex pertama di Istanbul, Turkey, sekaligus melengkapkan pencapaian 500 cawangan di seluruh dunia. Pembukaan cawangan tersebut turut dilihat akan memperbaiki pengedaran alat ganti bagi 3,300 pengedar rasmi! Pembinaan Motoplex akan meningkatkan lagi geo-pemasaran dan pertambahan pengunjung lebih daripada 30 peratus. Motoplex merupakan inovatif terbaru bagi industri dua roda yang akan…
Ketua pasukan Red Bull KTM Tech 3, Herve Poncharal mengakui yang dia berasa “berang” dengan Hafizh Syahrin. Dia telah berkongsi perasaannya itu sewaktu pusingan MotoGP Argentina. Hafizh Syahrin mensasarkan untuk mendapat keputusan yang lebih baik dari teman sepasukan baharunya, Miguel Oliveira pada tahun ini.
Model Yamaha Niken sudah cukup ranggi sekali, dan ia bertambah ranggi apabila sebuah bengkel di Australia melengkapkannya dengan turbo. Ia mampu menghasilkan 148hp, berbanding 115hp pada motosikal standard. Turut menyerikan pengubahsuaian motosikal ini adalah kemasan warna khusus.
Harapan Cal Crutchlow untuk menaiki podium semalam tidak menjadi kesampaiana apabila dikenakan tindakan penalti susulan melakukan kesalahan ‘jump start’. Pelumba pasukan LCR Honda itu mendakwa rakaman video tersebut jelas menunjukkan dia bergerak kurang satu sentimeter sebelum perlumbaan dilepaskan. (SUMBER: Twitter MotoGP) Dia menegaskan pergerakan tersebut berlaku ketika dia cuba mengimbangkan motosikal menggunakan jari kakinya sementara…
Marc Marquez mendominasi perlumbaan di GP Argentina sekaligus merekodkan kemenangan ketiga di Termas de Rio Hondo. Marquez mempamerkan prestasi mantap sepanjang sesi ujian minggu lalu sebelum mengesahkan kemenangan di hari perlumbaan. Pertahan juara itu berada di depan seawal selekoh pertama dan tampak tidak tergugat sebaik perlumbaan menghampiri pusingan terakhir. Selepas empat pusingan, wakil Honda itu…