Perlumbaan Rali Dakar akan berpindah ke Arab Saudi bermula tahun 2020. Perubahan ini bertitik tolak daripada kebimbangan berkenaan dengan politik dan kewangan di Amerika Selatan. Satu sidang akhbar akan diadakan pada 25 April bagi menjelaskan lagi mengenai pertukaran tersebut.
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Tesla telah menarik balik penjualan Model 3 secara atas talian sekaligus menandakan perubahan terhadap strategi pemasaran mereka. Pelanggan tidak lagi boleh membuat tempahan bagi Model 3 Standard – yang dijual pada harga USD35,000 (RM144,035 yang sebelum ini menjadi antara tunggak utama dalam mengganggu pasaran automotif seperti yang dikehendaki Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk. Tesla…
Terdapat ramai selebriti yang menunggang motosikal tetapi Keanu Reeves mengambil satu langkah lebih hebat dengan memiliki jenama motosikalnya sendiri. Dia juga turut memiliki beberapa buah motosikal yang beredisi amat terhad. Syarikat milik Keanu, Arch Motorcycle, membina motosikal buatan khas yang mempunyai reka bentuk yang futuristik.
Pereka, Tom Hylton, membayangkan bahawa pengeluar motosikal Jepun, Honda, dengan kepakaran robotik mereka, dapat menghasilkan penyelesaian dalam membantu golongan kurang upaya untuk menunggang motosikal, satu hari nanti. Hylton telah membuat rekaan awal yang menyerupai tangan bionik Honda yang akan membantu individu yang tidak mempunyai tangan yang sempurna untuk mengendalikan motosikal Honda. Tangan bionik terbabit yang…
Pelumba Suzuki, Alex Rins berjaya merangkul kemenangan pertama di GP Amerika selepas pendahulu perlumbaan, Marc Marquez mengalami kemalangan. Marquez dilihat bakal merekodkan kemenangan ketujuh di Austin sebelum terpaksa bersara awal memasuki pusingan kesembilan apabila pelumba pasukan Repsol Honda itu – yang sedang mendahului perlumbaan dengan jarak empat saat – hilang kawalan jenteranya di selekoh 12….
MotoGP dengan rasminya mengabadikan nombor 69 milik Nicky Hayden dalam satu majlis yang diadakan di GP Amerika, semalam. Bekas juara MotoGP 2006 itu – yang diberi jolokan The Kentucky Kid – meninggal dunia di usia 35 tahun apabila terlibat dalam satu kemalangan ketika sedang mengayuh basikal dalam satu sesi latihan di Itali pada Mei 2017….
Marc Marquez meneruskan dominasi dalam saingan MotoGP musim ini apabila berjaya merekodkan kedudukan pertama di GP Amerika buat kali ketujuh berturut-turut dalam kariernya. Marquez telah pun memenangi kesemua enam perlumbaan di Litar Americas apabila dia memulakan perlumbaan di petak pertama. Pelumba Sepanyol itu miliki peluang cerah untuk mengulangi kejayaan buat kali ketujuh di Austin selepas…
Fail paten telah menunjukkan yang Yamaha sedang berusaha menghasilkan sebuah enjin ‘twin’ cas turbo. Yamaha ingin mengurangkan emisi ekzos dengan menggunakan pengecas turbo. Pengecas turbo menambah keberkesanan lohong masukan dengan menyedut lebih banyak udara ke dalamnya.
Norton telah bekerjasama dengan Breitling bagi menghasilkan model edisi terhad Norton Breitling Sport. Hanya 77 unit ini yang akan dikilangkan. Kedua-dua syarikat ini memiliki sejarah yang panjang dalam bidang masing-masing.