Model Yamaha YZF-R1 generasi yang akan datang dijangka bakal dilengkapi dengan teknologi MotoGP. Ia barangkali akan didatangkan dengan transmisi ‘seamless’, VVT/L dan aci engkol putar berlawanan. Model YZF-R1 kekal sama sejak lima tahun yang lalu.
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Seorang pemandu kereta telah melanggar belakang motosikal yang telah berhenti. Namun, pemandu berkenaan telah menyalahkan penunggang motosikal terbabit. Video ini kini telah menjadi tular.
Pereka cipta dari Itali, Oberdan Bezzi, telah mencipta motosikal Aprilia Tuareg 900 ini. Konsepnya adalah berdasarkan pada platform model Shiver 900/Dorsoduro 900. Pada ketika ini, Aprilia tidak mempunyai sebarang model dwi-sukan dalam rangkaian mereka.
Saksikan tindakan penunggang motosikal menekan breknya sebaik sahaja trak mula hilang imbangannya. Ini adalah satu contoh baik penunggangan yang peka dan bijak. Sentiasalah menunggang dengan peka dan janganlah mudah terleka.
Ernie Vigil akan berlumba menggunakan motosikal Triumph Scrambler 1200 XE di perlumbaan NORRA Mexican 1000 Rally. Dia telah mengalami kecederaan sebelum perlumbaan Baja 1000 Rally dan niat untuk perlumbaan terpaksa dilupakan. Rangkaian motosikal Triumph Scrambler 1200 adalah motosikal scrambler yang paling sedia ‘off-road’.
Enjin Boxer 1800cc motosikal cruiser BMW akan tiba pada tahun 2020. Berita ini telah disahkan oleh BMW Motorrad. Enjin prototaip tersebut pada waktu ini telah digunakan sebagai penjana kuasa bagi motosikal buatan khas.
Kawasaki adalah pengeluar terkini yang sedang mengusahakan pembangunan teknologi radar untuk motosikal keluaran mereka. Sebuah paten yang telah difailkan oleh mereka telah mempamerkan sebuah sistem dengan radar hadapan dan belakang. Sistem ini berfungsi bersama dengan brek dan juga pendikit.
Honda telah memfailkan paten bagi sebuah helmet berteknologi pengenalan muka. Ia berfungsi sebagai ‘kunci’ keselamatan penghidup motosikal. Seberapa segerakah akan kita dapat lihat teknologi ini di pasaran?
Jaguar I-PACE telah melakar sejarah ‘treble’di Anugerah Kereta Dunia 2019 apabila menjadi model kereta pertama untuk merangkul tiga anugerah Kereta Dunia dalam tempoh 15 tahun anugerah tersebut. Jaguar I-PACE telah dinobat Kereta Terbaik Dunia 2019, Rekaan Kereta Terbaik Dunia 2019 dan Kenderaan Hijau Terbaik Dunia! Berlangsung di Pameran Kereta Antarabangsa New York, kemenangan I-PACE telah…