Anugerah Kereta Dunia 2019: Jaguar I-PACE Rangkul Kejayaan ‘Treble’

Jaguar I-PACE telah melakar sejarah ‘treble’di Anugerah Kereta Dunia 2019 apabila menjadi model kereta pertama untuk merangkul tiga anugerah Kereta Dunia dalam tempoh 15 tahun anugerah tersebut.

Jaguar I-PACE telah dinobat Kereta Terbaik Dunia 2019, Rekaan Kereta Terbaik Dunia 2019 dan Kenderaan Hijau Terbaik Dunia!

Berlangsung di Pameran Kereta Antarabangsa New York, kemenangan I-PACE telah ditentukan oleh 86 panel wartawan permotoran dari 24 negara. Minggu lalu, Jaguar I-PACE turut merangkul anugerah Kereta Terbaik Eropah 2019.

Pengiktirafan ini sekaligus mengukir nama Jaguar sebagai kenderaan premium elektrik (EV) yang paling popular di dunia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Jaguar Land Rover, Prof Dr Ralf Speth berbesar hati kerana menerima pengiktirafan sebegini.

“Kami amat berbesar hati kerana Jaguar I-PACE menerima tiga anugerah daripada juri berprestij.

“Segalanya bermula daripada idea untuk merealisasikan visi Destination Zero. I-PACE merupakan langkah pertama kami dalam mencapai sasaran ini.

“Bermula dari sehelai kertas putih sehingga ke penghasilan tanda aras yang baharu – kereta premium elektrik terbaik dunia.

“Ketiga-tiga anugerah ini memberikan penghargaan yang selayaknya diterima kereta elektrik pertama kami. Saya mahu berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam penghasilan I-PACE kerana keazaman mereka membantu dalam menghasilkan jentera menakjubkan.”

Dihasilkan di United Kingdom, I-PACE telah menarik ramai pelanggan baharu terhadap jenama Janguar. Sehingga ini, sebanyak 11,000 pelanggan daripada 60 negara telah pun menerima tempahan mereka.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]