Tech3 turut mengikut jejak KTM untuk meninggalkan saingan Moto2 sebaliknya sertai kelas Moto3 bagi musim 2020. KTM mengumumkan keputusan untuk menarik diri daripada kelas Moto2, Ahad lalu selepas berakhirnya GP Austria. Tech3 yang menjadi pasukan satelit KTM di MotoGP tahun ini selepas berpisah dengan Yamaha musim lalu telah pun beraksi di Moto2 pada 2010 menggunakan…
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Pendahulu kejuaraan Moto2, Alex Marquez tidak akan ke MotoGP musim depan apabila bersetuju untuk kekal bersama Marc VDS di Moto2. Difahamkan, Petronas SRT Moto2 telah pun membentangkan tawaran bagi pelumba berusia 23 tahun itu tetapi urusan tersebut tidak menjadi ekoran Yamaha keberatan untuk menyerahkan slot dalam pasukan satelit musim berikutnya. “Saya gembira untuk mengumumkan bahawa…
Mereka yang memiliki pemikiran waras pastinya akan berasa bersyukur jika ibu bapa kesayangan membelikan sebuah kereta BMW M3 sebagai hadiah hari jadi tetapi tidak bagi seorang remaja berusia 22 tahun di India. Remaja bernama Akash itu bertindak menolak hadiah pemberian ibu dan bapanya ke dalam sungai gara-gara tidak berpuas hati kerana tidak mendapat kereta Jaguar…
Desas-desus mengenai kerjasama di antara Triumph dan Bajaj telah timbul sejak 2017 namun penggabungan itu dijangka akan direalisasikan seawal suku ketiga 2020. Menurut Pengarah Eksekutif Bajaj, Rakesh Sharma – yang memaklumkan Money Control – kedua-dua syarikat tersebut akan menandatangani kontrak formal sekitar suku ketiga 2020. Sharma menjelaskan segala perkara penting telah pun dimuktamadkan dan kini…
Pelumba KTM MotoGP, Johann Zarco mengumumkan dia tidak lagi akan mewakili pasukan berpangkalan di Austria itu selepas menerusi kenyataan yang dikongsi di laman Facebook miliknya. Zarco mengakui bukan mudah untuknya membuat keputusan tersebut namun memberi jaminan untuk terus berikan yang terbaik untuk baki saingan yang ada. Beberapa minggu lalu, KTM mengumumkan keputusan membawa masuk Brad…
Toyota Motor Corporation bercadang untuk memperkenalkan ciri keselamatan baharu tahun ini bagi mengelakkan kemalangan yang berpunca daripada kesilapan menekan pedal. Fungsi terbaru ini direka bagi mengelakkan kenderaan daripada memecut secara tiba-tiba apbila pemandu tersilap menekan pedal minyak. Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe turut menggesa pengeluar kereta agar mencari jalan untuk mengurangkan kadar kemalangan yang sering…
Pelumba Ducati, Andrea Dozioso muncul juara di GP Austria selepas berjaya memintas pendahulu kejuaraan, Marc Marquez di selekoh terakhir. Sementara pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo, melengkapkan podium ditempat ketiga selepas berjaya mengetepikan cabaran wakil Yamaha, Valentino Rossi (keempat) dan Maverick Vinales (kelima). Quartararo berjaya mendahului kelompok depan buat sementara waktu apabila Marquez dan Dovizioso…
KTM akan memberikan fokus sepenuhnya kepada saingan MotoGP musim depan apabila membuat keputusan untuk meninggalkan Moto2. Pengeluar motosikal Austria itu turut menjenamakan semula ke nama Husqvarna bagi kelas Moto3. Keputusan tersebut dibuat selepas KTM bergelut dalam saingan Moto2 – meskipun Brad Binder berjaya julang KTM di laman sendiri hari ini – apabila beralih ke enjin…
Jorge Lorenzo tidak akan sertai Pramac Ducati bagi musim 2020 sebaliknya akan menghabiskan baki kontrak dengan Honda. Motorsport.com melaporkan pelumba Sepanyol itu telah bertemu dengan pengurus pasukan, Alberti Puig semalam dan menyuarakan niatnya untuk kekal di Honda selepas khabar angin mengaitkannya kembali ke Ducati. Keputusan itu sekaligus membuka peluang kepada pelumba Pramac Ducati, Jack Miller…