Saya Akan Siap Sedia Hadapi Musim 2020 – VR46

Selepas merekodkan prestasi mengecewakan musim ini, pelumba veteran, Valentino Rossi menggunakan cuti sebaik mungkin untuk kembali bangkit bagi separuh kedua musim 2019 MotoGP. Jika dibandingkan dengan rakan sepasukan, Maverick Vinales, Rossi berdepan laluan lebih berliku kerana dia masih bergelut untuk mencapai keserasian dengan jentera M1. MotoGP akan kembali bersambung hujung minggu ini di Brno, Czech…

Ducati Multistrada V4 Dirakam Jalani Sesi Ujian Di Itali

Ketika Ducati memperkenalkan Panigale V4, pengeluar motosikal Itali itu telah pun menyatakan niat untuk melihat enjin yang buas itu ditafsirkan ke dalam model yang lain. Awal tahun ini, sebuah jentera Ducati Streetfighter didapati menjalani sesi ujian di atas jalan raya, tidak lama kemudian, jentera prototaip tersebut menyertai perlumbaan di Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC)….

Tiada Perlumbaan Motosikal Di Pikes Peak 2020

Susulan kematian juara empat kali Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC), Carlin Dunne, tahun ini, lembaga pengarah kejohanan tersebut membuat keputusan bahawa tiada kategori motosikal ditawarkan bagi tahun depan. Carlin Dunne mengalami kemalangan maut 400 meter daripada garisan penamat ketika menunggang jentera prototaip Ducati Streetfighter V4. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, lembaga pengarah PPIHC berkata,…

MV Augusta Bangunkan Jentera 350-500cc Dengan Loncin Motor

Kebelakangan ini, beberapa pengeluar motosikal premium telah memeterai perjanjian dengan pengeluar motosikal Asia bagi membangunkan jentera bersaiz sederhana. Harley-Davidson telah menjalinkan kerjasama dengan Qianjiang Motorcycle sementara Triumph bersama Bajaj. Kini, MV Augusta bakal mengikut jejak tersebut setelah mengumumkan mereka bakal bekerjasama dengan pengeluar motosikal China, Loncin Motor. MV Augusta turut menjelaskan bahawa tidak kurang daripada…

Mazda Bakal Kembali Dengan Enjin ‘Rotary’ Versi Baharu?

Senario penuh misteri berlaku di litar Nurburging, Jerman apabila kelibat dua kereta jenis Mazda RX-8 kelihatan menjalani sesi ujian baru-baru ini. Tahun 2012 merupakan tahun akhir bagi model RX-8 – yang menggunakan enjin ‘rotary’. Sejak daripada itu, Mazda kekal berdiam diri dengan perkembangan enjin ikonik tersebut. Bagaimanapun, berdasarkan paten yang didedahkan awal tahun ini mendapati…

Triumph Daytona 2020 Akan Diperkenalkan Di GP Britain

Selepas berapa lama menanti, akhirnya Triumph menyampaikan berita gembira apabila mengumumkan bakal melancarkan Triumph Daytona 2020 di GP Britain, 23 Ogos ini. Diberi nama ‘Triumph Daytona Moto2 765 Limited Edition’, model edisi terhad ini mendapat inspirasi daripada jentera Moto2. Bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan kecil di antara model yang akan dipasarkan dengan jentera Moto2 namun ketika…

Motosikal Sulung Bajaj-Triumph Masuk Pasaran Awal 2020

Jentera sulung hasil daripada kerjasama Bajaj-Triumph dijangka akan memasuki pasaran awal tahun depan. Kerjasama di antara Bajaj dan Triumph untuk menghasilkan motosikal dengan enjin ‘mid-size’ diumumkan Ogos tahun lalu. Hubungan terjalin dengan Triumph dijangka akan membawa impak besar sepertimana kejayaan Bajaj dalam kembali mengukuhkan jenama KTM setelah membeli 49 peratus saham. Faktor itu membuktikan Bajaj…

Yamaha Pesaing Utama Musim Ini, Bukan Ducati – Marquez

Pendahulu kejuaraan MotoGP, Marc Marquez menyifatkan pesaing utamanya memasuki separuh musim 2019 adalah pelumba Yamaha dan bukannya Ducati. Pelumba Ducati, Andrea Dovizioso merupakan pesaing terdekat Marquez sejak 2017 dan dia kekal di kedudukan kedua musim ini, namun 58 mata ketinggalan di belakang pelumba Honda Repsol itu sementara rakan sepasukan, Danilo Petrucci, ketiga. Bagaimanapun, prestasi Ducati…

Mercedes, Ferrari Boleh Pergi Jalan – Jeremy Clarkson

Baru-baru ini, selebriti terkenal dalam dunia automotif, Jeremy Clarkson meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sukan Formula 1 dalam satu rakaman video yang dimuat naik ke Youtube. “Ferrari can f**k off, Mercedes can f**k off,” demikian kenyataan pertamanya dalam video berdurasi 3.17 minit itu. Clarkson sememangnya dikenali sebagai individu yang lantang dan bekas pengacara Top…