G 310 RR Antara Empat Model Bakal Dilancarkan BMW Di EICMA?

BMW Motorrad bakal menghangatkan lagi EICMA 2019 apabila bakal memperkenalkan empat model baharu. Ketika ini masih tiada kepastian model apa yang akan diperkenalkan namun terdapat dakwaan salah satunya mungkin melibatkan BMW R18 yang kini sudah pun dalam proses penghasilan secara besar-besaran. Menurut Ride Apart, satu lagi model yang ‘mungkin’ ditayangkan adalah BMW F 850 GS…

Tokyo Motor Show 2019: Yamaha Bakal Perkenalkan Dua Skuter Elektrik

Yamaha bakal menghangatkan lagi Tokyo Motor Show 2019, 23 Oktober ini apabila bakal memperkenalkan dua skuter elektrik. Selain daripada orang ramai menantikan tayangan sulung Yamaha R1 2020 dan Tenere 200, Yamaha E01 dan E02 Concpet bakal menjadi percubaan sulung Yamaha dalam menceburi dunia motosikal elektrik. Difahamkan, E01 akan menjana kuasa setanding skuter 125cc dan Yamaha…

Marquez Mampu Atasi Rekod Sembilan Kejuaraan Dunia Saya – Rossi

Pelumba ikon MotoGP, Valentino Rossi mengakui tidak akan terkejut sekiranya Marc Marquez berjaya merekodkan sembilan kejuaraan dunia dalam kariernya. Marquez mengesahkan kejuaraan MotoGP buat kali keenam di kelas premier selepas muncul juara di GP Thailand, baru-baru ini. Dia kini memiliki rekod lapan kejuaraan termasuk satu kejuaraan dunia bagi segmen 125cc dan Moto2. Kejayaan Marquez turut…

Kawasaki Muat Naik Video ‘Teaser’ Ketiga Z H2

Kawasaki memuatnaik video ketiga berkenaan dengan model Z H2 dan tayangan kali ini menampakkan susuk jentera ‘supercharge’ tersebut dari sebelah tepi. Menariknya, video tersebut turut memaparkan tarikh 23 Oktober 2019 yang dijangka merupakan tarikh tayangan rasmi jentera terbabit kepada orang ramai di Tokyo Motor Show. Saksikan video tersebut di bawah: Kami menjangkakan model Z serba…

Jatuh Sakit Di Dubai? Ambulans Chevrolet Corvettte Dan Nissan GT-R Sedia Membantu!

Di negara lain, amat sukar untuk melihat kelibat sebuah ‘supercar’ tetapi di Dubai, ‘supercar’ digunakan sebagai kereta harian terutamanya bagi pihak berkuasa tempatan yang sememangnya menggunakan kereta berkuasa tinggi sebagai jentera peronda. Bagaimanapun, kali ini servis ambulans Dubai turut dinaik taraf kepada penggunaan kereta ‘supercar’. Dubai Corporation For Ambulance Services mengumumkan – menerusi laman Facebook…

Elon Musk Bakal Perkenalkan Bunyi Khas Bagi Setiap Kereta Tesla

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla dan kaki Twitter, Elon Musk, mengumumkan menerusi laman Twitter-nya bahawa pemilik kereta Tesla boleh memilih bunyi kereta dan hon sendiri dalam masa terdekat. Baru-baru ini, Agensi Keselamatan Jalan Raya Amerika Syarikat (NHTSA) mencadangkan agar pengeluar kereta hibrid dan elektrik menghasilkan bunyi agar orang awam menyedari kehadiran kereta terbabit. Elon berjanji…

Benelli Leoncino 800 Didedahkan Di China Sebelum Tayangan Di EICMA 2019

Benelli Leoncino 800 yang pada awalnya akan ditayangkan di EICMA 2019 akhirnya didedahkan lebih awal di China. Model ini pernah ditayangkan kepada orang awam sebagai jentera konsep ketika di EICMA 2018 bagaimanapun terdapat beberapa perubahan kecil dilakukan. Rekaan keseluruhan tampak sama seperti yang terdapat pada Leoncino 500 namun lampu hadapan lebih bujur di samping turut…