Diinspirasikan Oleh RC213V, Honda CBR1000RR Fireblade 2020 Didedahkan – 217hp, 113Nm!

Meskipun terdapat ura-ura yang mengatakan Honda CBR1000RR Fireblade akan muncul dengan enjin V4 sepertimana yang terdapat pada jentera RC213V namun model baharu itu masih mengekalkan enjin empat in-line bagi 2020. Bagaimanapun, jentera baharu ini difahamkan lahir menerusi kerjasama rapat dengan Honda Racing Corporation (HRC). Jentera baharu ini menghasilkan 217hp pada 14,500rpm dan 113Nm pada 12,500rpm…

ARCH KRGT-1 Jentera Lain Dari Yang Lain – Keanu Reeves

Nama ARCH Motorcycle mungkin agak asing bagi peminat jentera dua roda di Malaysia namun sebaliknya jika anda mengikuti perkembangan bintang Hollywood, Keanu Reeves. Berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat, Arch Motorcycle – syarikat milik bersama Keanu Reeves dan Gard Hollinger – melancarkan ARCH KRGT-1, evolusi baharu bagi segmen ‘sport cruiser’. Meneruskan kesinambungan ARCH Motorcycle, KRGT-1…

Aprilia RS 660 Sah Buat Penampilan Sulung Di EICMA 2019

Selepas pelbagai desas-desus, akhirnya Aprilia mengesahkan bahawa jentera ditunggu-tunggu, Aprilia RS 660 akan membuat penampilan sulung di EICMA, November ini! Khabar angin mengenai RS 660 pada awalnya timbul selepas Aprilia memfailkan paten jentera tersebut dengan IP Australia, Jun, lalu. Meskipun gambar ‘teaser’tersebutt tidak mendedahkan rupa keseluruhan namun seperti yang dicanang sebelum ini, RS 660 merupakan…

Motard, Desert X Bakal Buat Penampilan Sulung Di EICMA 2019 – Ducati

Ducati World Premier 2020 (DWP2020) yang berlangsung di Rimini, Itali, telah pun melabuhkan tirai Rabu lalu dengan beberapa model mencuri tumpuan antaranya Ducati Streetfighter V4. Bagaimanapun, pengeluar motosikal Itali tersebut turut memaparkan beberapa jentera konsep yang akan ditayangkan di EICMA 2019, November ini. Ketika Ducati memperkenalkan varian keenam Ducati Scrambler – Scrambler Icon Dark, Ketua…

Ducati Multistrada 1260S Grand Tour Untuk Si Kaki ‘Ride’ Jarak Jauh

Keluarga Multistrada kini dikembangkan bagi tahun 2020 menerusi Multistrada 1260S Grand Tour yang didedahkan di Ducati World Premier (DWP) 2020 di Rimini, Itali. Namanya sahaja sudah cukup menerangkan konsep yang ditawarkan jentera baharu ini. Multistrada 1260S Grand Tour dihasilkan dengan satu objektif, menawarkan keselesaan tinggi bagi yang gemar tunggangan jarak jauh. Tidak hairanlah, jentera ini…

Ducati Panigale Silinder Berkembar Kembali Sebagai V2 – 955cc, 155hp

  Ducati telah menjenamakan semula Panigale dua silinder sebagai V2 bagi pasaran 2020 dan jentera ini telah didatangkan dengan rekaan baharu sepenuhnya bagi pasaran 2020 ketika didedahkan di Ducati World Premier (DWP) 2020 di Rimini, Itali. Ducati Panigale V2 menawarkan prestasi sebuah motosikal sport bike namun dengan tempat duduk yang lebih selesa sekaligus menjaminkan tunggangan…

Lahirnya Ducati Streetfighter V4 Dengan ‘Membogelkan’ Panigale V4

Bayangkan sebuah Ducati Panigale V4 yang telah ‘dibogelkan’ – demikian kenyataan yang paling mudah untuk mengambarkan Ducati Streetfigter V4 2020 yang dilancarkan di Ducati World Premier (DWP) 2020, di Rimini, hari ini. Mengapa dibogelkan? Kerana disebalik rupa luaran Streetfighter V4 yang menampilkan ciri sebuah motosikal jenis naked, jentera ini menghasilkan 208 hp – kurang 6…

Kawasaki Z H2 Akhirnya Didedahkan!

  Kawasaki Z H2 yang beberapa bulan ini dicanang akan diperkenalkan secara rasmi kepada orang ramai di Tokyo Motor Show akhirnya didedahkan menerusi perkongsian video di YouTube oleh Kawasaki Motors. Saksikan video tersebut dibawah: Seperti jentera lain dalam keluarga Z, Z H2 turut memaparkan intipati rekaan Sugomi sekaligus rupa keseluruhan model baharu ini tampak garang…