ARCH KRGT-1 Jentera Lain Dari Yang Lain – Keanu Reeves

Nama ARCH Motorcycle mungkin agak asing bagi peminat jentera dua roda di Malaysia namun sebaliknya jika anda mengikuti perkembangan bintang Hollywood, Keanu Reeves.

Berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat, Arch Motorcycle – syarikat milik bersama Keanu Reeves dan Gard Hollinger – melancarkan ARCH KRGT-1, evolusi baharu bagi segmen ‘sport cruiser’.

Meneruskan kesinambungan ARCH Motorcycle, KRGT-1 turut menampilkan rekaan minimalis dan elegan namun dilengkapi dengan enjin berkuasa – 124ci ARCH X S&S V-Twin.

KRGT-1 serba baharu ini menampilan 20 perubahan ketara termasuk lebih 150 komponen baharu.

Ciri lain yang telah dikemaskini melibatkan rekaan keseluruhan, sistem penyerap hentakan baharu, tempat duduk ergonomik dan sistem brek yang lebih efisien.

Menurut Hollinger, KRGT-1 dihasilkan dengan objektif untuk mengangkat segmen motosikal V-Twin Amerika Syarikat.

“Jentera baharu ini masih mengekalkan objektif asal namun tampil dengan rekaan dan prestasi enjin yang telah diperhalusi,” jelas Hollinger.

Keanu Reeves turut berkongsikan rasa bangga dengan kemampuan ARCH Motorcycle untuk melahirkan sebuah motosikal yang luar biasa.

“KRGT-1 serba baharu ini menzahirkan cita-cita ARCH Motorcycle untuk menghasilkan jentera yang cukup mudah dan selesa untuk ditunggang tidak kira di jalan lurus mahupun di bahagian selekoh,” katanya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]