Ducati Panigale Silinder Berkembar Kembali Sebagai V2 – 955cc, 155hp

 

Ducati telah menjenamakan semula Panigale dua silinder sebagai V2 bagi pasaran 2020 dan jentera ini telah didatangkan dengan rekaan baharu sepenuhnya bagi pasaran 2020 ketika didedahkan di Ducati World Premier (DWP) 2020 di Rimini, Itali.

Ducati Panigale V2 menawarkan prestasi sebuah motosikal sport bike namun dengan tempat duduk yang lebih selesa sekaligus menjaminkan tunggangan yang mengujakan bagi kegunaan harian.

Antara ciri utama yang terdapat pada V2 adalah penggunaan kerangka monocoque yang menyerlahkan lagi bahagian enjin yang kompak sekaligus menampakkan keseluruhan rupa jentera ini kurang ‘menakutkan’ berbanding V4.

Mematuhi piawaian Euro5, enjin 955cc Superquadro ini menjana 155hp pada 10,750rpm – lebih 5hp berbanding enjin sebelumnya – dan 104Nm pada 9,000rpm.

Panigale V2 hanya perlu menjalani ‘valve clearance’ bagi setiap 24,000km dan servis selepas setiap 12,000km atau 12 bulan sekaligus membuktikan dakwaan bahawa jentera ini dilahirkan untuk kegunaan harian namun masih berkemampuan untuk menunjukkan taring di litar pada hujung minggu.

 

Pakej elektronik serba baharu turut diperkenalkan bagi menjaminkan tunggangan yang selamat dan selesa.

Panigale V2 dilengkapi dengan ‘cornering ABS’, sistem quickshifter (up down), traction control, engine brake control dan wheelie control dan menawarkan tiga mod tunggangan (Race, Sport dan Street).

Segala ciri ini boleh dikawal menggunakan paparan TFT berwarna 4.3 inci.

Antara ciri utama Panigale V2:

  • Under-engine silencer with single side end pipe
  • Kerangka monocoque aluminium
  • Swingarm single-sided aluminium
  • Fork 43 mm Showa Big Piston (BPF) boleh laras
  • Penyerap hentakan Sachs boleh laras
  • Steering damper Sachs
  • Pakej elektronok dengan 6-axis Inertial Measurement Unit (6D IMU):
    • ABS Cornering EVO
    • Ducati Traction Control (DTC) EVO 2
    • Ducati Wheelie Control (DWC) EVO
    • Ducati Quick Shift up/down (DQS) EVO 2
    • Engine Brake Control (EBC) EVO
  • Mod Tunggangan (Race, Sport, Street)
  • Tangki 17-litre
  • Lampu depan DRL LED penuh
  • Konfigurasi dua tempat duduk
  • Kaliper Brembo M4.32 monobloc
  • Rekaan rim serba baharu
  • Ducati Lap Timer GPS (DLT GPS), Ducati Multimedia System (DMS), Ducati Data Analyser+ GPS (DDA+ GPS)

Ducati turut mendakwa Panigale V2 merupakan jentera ‘entry level’ bagi mereka yang mencari sebuah sport bike yang mudah ditunggang.

Untuk memastikan dakwaan ini berasas, tunggu sehingga kami diberikan peluang untuk menguji jentera ini sepenuhnya.

Dalam perkembangan sama, Ducati turut mengemas kini Panigale V4 bagi tahun 2020.

Segala aspek Panigale V4 turut dipertingkat antaranya keboleh tunggangan dan prestasi enjin dengan Ducati mendakwa jentera tersebut kini lebih ‘mesra’ meskipun kami berpendapat sebaliknya.

Bagaimanapun, Ducati menjelaskan bahawa barisan jurutera Ducati Corse telah mengambil segala maklum balas daripada pemilik V4 2019 seluruh dunia termasuk daripada Kejohanan Superbike Dunia (SBK) sebelum membentuk V4 2020.

Segala maklumat tersebut kemudiannya membawa kepada penambahbaikan yang telah dilaksanakan terhadap bahagian aerodinamik, chasis, kawalan elektronik dan sistem Ride by Wire lantas menjadikan V4 2020 lebih stabil ketika di selekoh.

Seperti model 2019, Panigale V4 2020 turut digerakkan dengan enjin Desmosedici Stradale 1103ccc V4 dengan timing Desmodromic yang menjana 214 hp pada 13,000 rpm.

Panigale V4 2020 turut dilengkapi dengan pakej sistem elektronik terkini antaranya:

  • ABS Cornering EVO;
  • Ducati Traction Control (DTC) EVO 2
  • Ducati Slide Control (DSC)
  • Ducati Wheelie Control (DWC) EVO
  • Ducati Power Launch (DPL)
  • Ducati Quick Shift up/down (DQS) EVO 2
  • Engine Brake Control (EBC) EVO
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]