Masa depan Andrea Iannone di MotoGP masih lagi tergantung tatkala Mahkamah Disiplin Antarabangsa FIM masih belum membuat keputusan melibatkan kes gagal ujian doping pelumba terbabit. Iannone didapati positif penggunaan bahan terlarang ketika ujian doping rambang yang dijalankan terhadapnya di GP Malaysia tahun lalu. Meskipun menyifatkan keputusan itu mengejutkan, ujian sample B pelumba terbabit turut didapati…
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Saingan Formula E yang dijadualkan berlangsung di Sanya, China, bulan depan telah dibatalkan susulan kebimbangan penularan wabak coronavirus. FIA dalam satu kenyataan mendedahkan tarikh baharu akan diumumkan kelak seandainya situasi di negara itu pulih seperti sedia kala. Setakat ini, angka kematian telah pun mencapai 300 dengan lebih 14,000 disahkan menghidapi wabak coronavirus ini sejak kes…
Ketika Dato’ Razlan Razali merekrut Franco Morbidelli bagi pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), dia dilihat sebagai masa depan baharu MotoGP dan Yamaha. Bagaimanapun, ketika tahun 2019 sepatutnya menjadi milik Morbidelli, sebaliknya yang berlaku apabila pelumba berusia 25 tahun itu tenggelam di sebalik bayang-bayang rakan sepasukan, Fabio Quartararo, yang lima tahun lebih muda. Meskipun…
Jenama motosikal yang pernah terkenal pada suatu ketika, Cagiva, akan kembali semula dengan memperkenalkan beberapa jentera baharu. Bagaimanapun, Cagiva akan dilahirkan semula sebagai syarikat motosikal elektrik seperti yang dilaporkan electrek.co. Ditubuhkan pada 1978, Cagiva menempah nama selaku pengeluar motosikal Itali yang popular namun beberapa kali melalui penstrukturan semula sebelum menjadi anak syarikat milik MV Agusta….
Sempena ujian pra-musim rasmi ‘Winter Test’ yang akan membuka tirai pada 7 Februari ini, Aprilia mendedahkan jentera RS-GP 2020 ketika sesi ujian awal di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). RS-GP 2020 bakal menjalani sesi ujian awal di SIC pada 2-4 Februari sebelum ujian pra-musim rasmi berjalan pada 7 hingga 9 Februari ini. Menariknya, jentera ini turut…
Baru-baru ini, media luar melaporkan Norton Motorcycle berdepan masalah kewangan yang serius sehingga gagal menjelaskan cukai. Mereka kini ditempatkan dalam pentadbiran atas kegagalan melunaskan cukai di samping tidak mampu menyiapkan tempahan motosikal. Senario ini sekaligus menyaksikan lebih 100 pekerja di kilang Castle Donington berdepan dilema. Ditubuhkan di Birmingham, Norton mula menghasilkan motosikal seawal tahun 1902…
Presiden MV Agusta, Timur Sardarov mendedahkan bahawa pihaknya akan menghasilkan jentera bersesaran 350cc. Meletakkan sasaran penjualan 25,000 unit motosikal dalam tempoh lima tahun menerusi penjualan jentera 350cc, MV Agusta turut akan memperkenalkan jentera 950cc dan sebuah motosikal jenis adventure (ADV). Susulan penstrukturan semula pada 2018, Sardarov memberi jaminan untuk menyuntik dana sendiri untuk memperkembangkan barisan…
KTM telah melancarkan Duke 200 dengan rekaan serba baharu di India, baru-baru ini. Rekaan serba baharu itu sedikit sebanyak membuktikan KTM mendengar keluhan peminat jenama Austria itu yang menggesa agar rekaan baharu yang didatangkan pada model lain turut sama disuntik pada varian 200cc. KTM Duke 200 2020 didatangkan dengan rekaan serba baharu yang dipinjamkan dari…
Jorge Lorenzo, yang mengumumkan persaraan dari MotoGP musim lalu, akan kembali ke litar bagi musim 2020 selaku penunggang uji rasmi Yamaha. Jentera YZR-M1 bukan asing buat Lorenzo yang sebelum ini merekodkan tiga kejuaraan dunia ketika bersama Yamaha dari 2008 hingga 2016 sebelum sertai Ducati dan kemudiannya bersama Honda musim lalu. Pengalaman semusim bersama jentera RC213V…