MotoGP: Pusingan Pertama Di Litar Losail Dibatalkan!

  Pengumuman mengejut berlaku dalam arena MotoGP apabila aksi pertama di GP Qatar dibatalkan susulan kebimbangan Covid-19. Bagaimanapun, aksi Moto2 dan Moto3 akan berjalan seperti biasa tatkala telahpun berada di Qatar bagi ujian pra-musim sejak dua minggu lalu. Difahamkan,pembatalan MotoGP Qatar berpunca daripada kerajaan negara itu yang mengenakan sekatan selama dua minggu bagi setiap pengunjung…

Honda Akan Hasilkan Semula Alat Ganti S2000

Menyedari model Honda S2000 masih lagi menjadi kegilaan, Honda membuat keputusan untuk menghasilkan semula alat ganti jentera popular itu. Honda baru-baru ini memperkenalkan sebuah laman web berbentuk katalog alat ganti bagi S2000 yang dijangka akan tiba seawal bulan Jun ini. Bagaimanapun, Honda meminta para pelanggan untuk memaklumkan bahagian alat ganti mana yang harus dihasilkan semula….

MotoGP: Quartararo-Morbidelli Semakin Selesa, Sedia Rebut Kejuaraan Musim 2020

Ujian pra-musim di Litar Losail, Qatar yang telah pun berakhir Ahad lalu menyaksikan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT) meneruskan aksi konsisten menjelang pembukaan tirai MotoGP, 8 Mac ini. Fabio Quartararo yang melakar masa terpantas dalam ketiga-tiga hari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) meneruskan kecemerlangan bersama rakan sepasukan Franco Morbidelli. Ketika hari terakhir ujian, Morbidelli…

Rali Dakar 2020: PETRONAS Team De Roy IVECO Muncul Antara 10 Pasukan Terbaik!

PETRONAS Team De Roy IVECO mempamerkan aksi mantap untuk muncul tempat keenam keseluruhan dalam Rali Dakar Raid 2020 kategori trak. Pelumba, Janus van Kasteren menamatkan aksi 12 peringkat itu dengan catatan masa 51 jam 00.33 minit, empat jam dipisahkan dengan juara keseluruhan, Andrey Karginov dari Kamaz-Masters. Sementara itu, rakan sepasukan Albert Llover – yang juga…

Kem Repsol Honda Gusar Dengan Prestasi RCV 2020

Ketika ujian pra-musim MotoGP membuka tirai di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) awal bulan ini, Repsol Honda gagal menempatkan diri dikalangan tiga terbaik bagi ketiga-tiga hari. Tatkala ramai pihak mendakwa Marc Marquez masih bergelut dengan kecederaan namun selepas sesi ujian di Litar Losail, Qatar, kem Repsol Honda mula gemuruh. Marquez sendiri mengakui dia tidak gusar dengan…

Iannone Dakwa Penyumbang Utama Kemajuan Aprilia RS-GP20, Espargaro Kecewa

Aleix Espargaro meluahkan rasa kecewa terhadap rakan sepasukan Aprilia MotoGP, Andrea Iannone, dan melabelkan pelumba itu sebagai ‘kurang ajar’ ketika ujian pra-musim di Litar Losail, Qatar. Iannone medakwa jentera serba baharu pasukan itu, RS-GP20 lahir dengan input dari dirinya. “Ini merupakan antara jentera yang paling cantik di MotoGP. Kami telah mengambil segala langkah penting untuk…

“Pedrosa, Lorenzo Mungkin Kembali Berlumba Pada 2021”

Demikian kenyataan dibuat Valentino Rossi yang percaya Dani Pedrosa dan Jorge Lorenzo bakal kembali berlumba pada musim 2021. Pedrosa ketika ini memikul tugas selaku pelumba uji KTM sementera Lorenzo kembali bersatu dengan Yamaha dengan tugas sama. Kedua-dua pelumba mempamerkan tunggangan mantap ketika sesi ujian pra-musim 2020 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), baru-baru ini. Lorenzo turut…

Pecah Masuk Kedai Motosikal Demi Sebuah Ducati Panigale V4R

Sejak Ducati melancarkan V4R, dunia automotif seakan terpesona dengan jentera terbabit jadi tidak hairanlah sehingga ada yang sanggup merompak sebuah kedai motor semata-mata untuk mendapatkan motosikal tersebut. Dalam satu kejadian yang berlaku pada 19 Februari lalu di Winchester, United Kingdom (UK), sekumpulan perompak telah bertindak menebuk lubang di bahagian dinding kedai motosikal terbabit sebelum melarikan…