Dapat Sentuhan Loncin, MV Augusta Bakal Hasilkan Jentera 350cc!

Advertisements

Presiden MV Agusta, Timur Sardarov mendedahkan bahawa pihaknya akan menghasilkan jentera bersesaran 350cc.

Meletakkan sasaran penjualan 25,000 unit motosikal dalam tempoh lima tahun menerusi penjualan jentera 350cc, MV Agusta turut akan memperkenalkan jentera 950cc dan sebuah motosikal jenis adventure (ADV).

Susulan penstrukturan semula pada 2018, Sardarov memberi jaminan untuk menyuntik dana sendiri untuk memperkembangkan barisan model MV Augusta dengan memasuki segmen baharu.

Meskipu membawa nama besar dan premium namun disebabkan pergelutan pengeluaran jenama Itali itu gagal menghadirkan pulangan yang positif.

Dua tahun lalu, MV Agusta hanya merekodkan 3,500 unit penjualan.

Bagi memenuhi permintaan pasaran di samping bersaing dengan jenama lain, MV Agusta telah menjalinkan kerjasama dengan syarikat berpangkalan di China, Loncin.

Kerjasama ini akan menyaksikan penghasilkan enjin bersesaran 350cc.

Menggunakan kerjasama di antara Bajaj-KTM sebagai contoh, Sardarov menegaskan MV Agusta tetap memiliki 100 peratus pengawalan.

“Kerjasama kami dengan Loncin sama seperti KTM-Bajaj dan BMW-TVS.

“Kami sedar pasaran 350cc amat besar tetapi ketika ini segmen ini tidak menawarkan keterujaan sebaliknya hanya penjimatan. Kami mahu menghasilkan jentera yang cantik dengan kejuruteraan MV tetapi dihasilkan di Asia,” jelasnya.

Pada masa sama, Sardarov turut menegakan Loncin hanya membekalkan enjin sepertimana yang mereka lakukan terhadap BMW bagi model F 750 GS dan 850 GS serta skuter C 400 X dan 400 GT.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.