Motosikal Triumph Scrambler 1200 2019 yang dinanti-nantikan telah pun diperkenalkan secara rasmi kepada warga media. Motosikal ini menggabungkan rupa paras klasik motosikal Bonneville dengan kebolehan model Tiger 800. Model Scrambler 1200 akan merevolusikan jentera scrambler moden.
Category: 1200cc
2017 merupakan satu tahun yang sukar bagi kebanyakan industri, termasuklah industri motosikal. Jualan bagi motosikal 500cc ke atas bagi kebanyakan jenama agak perlahan. Diharap industri akan bangkit semula pada tahun 2018.
Gambar intipan sebuah motosikal yang kelihatan seperti sebuah Triumph Street Scrambler 1200cc telah pun tersebar di atas talian. Motosikal Street Scrambler yang baru itu dikatakan mempunyai enjin berkembar selari 1200cc yang lebih besar, mirip seperti yang digunakan pada motosikal Bobber. Ciri menarik yang lain termasuklah brek Brembo, fork terbalik Showa, penyerap hentakan belakang Ohlins, dan…
Triumph Motorcycles Malaysia telah mengumumkan bahawa motosikal Triumph Bonneville Speedmaster 2018 akan tiba dengan harga yang dijangkakan di bawah paras RM80,000. Motosikal cruiser moden klasik terkini dari Triumph itu adalah gabungan casis motosikal Bobber-nya dan enjin 1,200cc bertork tinggi motosikal T120-nya. Motosikal Triumph Speedmaster 2018 dijangka tiba di tanah air kita dalam suku pertama tahun…
MV Agusta akhirnya telah mengesahkan yang akan adanya sebuah motosikal jalan raya MV Agusta empat-silinder pada tahun 2018. Sebuah penjana kuasa barunya akan datang dalam bentuk sebuah enjin 1200cc MV Agusta Brutale kerana ianya model paling laris jenama berkenaan. Tiada sebarang berita mengenai enjin empat-silinder baru bagi segmen motosikal lumba buat masa ini.
Motosikal Triumph Bonneville Bobber Black 2018 juga telah diperkenalkan bersama dengan kelahiran semula motosikal Speedmaster. Didatangkan dalam skema warna serba hitam, motosikal Bobber Black 2018 ini juga dilengkapi dengan pelbagai penaiktarafan yang baru terutamanya pada bahagian hadapannya. Sepasang fork kartrij 47mm Showa telah dipaut pada roda 16 inci yang baru beserta sepasang cakera brek…
Triumph Motorcycles baru sahaja memperkenalkan generasi mereka yang seterusnya, Triumph Bonneville Speedmaster 2018. Motosikal cruiser moden klasik ini menggunakan kerangka yang serupa yang boleh didapati pada motosikal Bobber mereka dan dijana oleh enjin tork tinggi berkembar selari, 1,200cc, T120 mereka. Motosikal berilhamkan tahun 50-an Speedmaster ini menghasilkan 76hp dan 106Nm tork dan dilengkapi dengan…