Triumph Bonneville Speedmaster 2018 Dilancarkan! Ikon Pengkhususan British Yang Baru

 

  • Triumph Motorcycles baru sahaja memperkenalkan generasi mereka yang seterusnya, Triumph Bonneville Speedmaster 2018.
  • Motosikal cruiser moden klasik ini menggunakan kerangka yang serupa yang boleh didapati pada motosikal Bobber mereka dan dijana oleh enjin tork tinggi berkembar selari, 1,200cc, T120 mereka.
  • Motosikal berilhamkan tahun 50-an Speedmaster ini menghasilkan 76hp dan 106Nm tork dan dilengkapi dengan ciri-ciri moden seperti kawalan bersiar, pendikit ‘Ride-By-Wire’, mod penunggangan yang boleh dipilih, ABS, kawalan cengkaman dan pelbagai lagi ciri-ciri moden yang lain.


Triumph Motorcycles baru sahaja memperkenalkan motosikal terkini mereka, Triumph Bonneville Speedmaster 2018, semalam. Kelahiran semula model Speedmaster ini yang pada mulanya telah dilancarkan pada tahun 2002 telah menjalani evolusi yang meluas dirancang khas bagi kemunculan semulanya dalam kancah moden klasik.

Motosikal Bonneville Speedmaster serba baru ini diasaskan di atas kerangka yang sama yang boleh didapati pada motosikal Bobber yang mana ianya memberikan motosikal ini satu rupa paras yang amat kemas dan moden. Dirumahkan dalam kerangka tersebut adalah sebuah enjin tork tinggi selari berkembar 1,200cc mirip dengan apa yang terdapat pada motosikal T120 tetapi dengan beberapa pengemaskinian dan aturcara yang khas untuk motosikal Speedmaster ini.

Menghasilkan kira-kira 76hp pada 6,100rpm dan sejumlah 106Nm tork apabila ia mencecah 4,000rpm, motosikal Speedmaster 2018 ini dengan tanpa sebarang masalah mampu mendaki jalan raya gunung walaupun dengan berat keseluruhannya pada tahap 245.5kg. Pengendaliannya dipertingkatkan lagi dengan fork hadapan 41mm KYB, dan satu penyerap hentakan belakang pramuatan bolehlaras.

Daya hentinya didatangkan dalam bentuk cakera brek berkembar hadapan 310mm berserta dengan sepasang angkup dua omboh Brembo yang dipaut pada roda 16 inci motosikal Speedmaster dan sebuah cakera brek 255mm dengan angkup satu omboh Nissin pada bahagian belakangnya.

Tidak seperti motosikal Bobber, motosikal Speedmaster ini telah dilengkapkan dengan sub-rangka belakang yang membolehkannya membawa pembonceng. Diinspirasikan oleh tarikan klasik “Americana” dari lewat tahun 50-an dan awal 60-an, motosikal Speedmaster yang baru ini berpewatakan santai dan mempunyai alur garis yang lancar.

Motosikal Speedmaster ini juga menerapkan pengalaman menunggang ala-cruiser dengan tempat letak kakinya yang di paut ke hadapan dan ketinggian pelana yang lebih rendah serta kelegaan tanah yang lebih tinggi berbanding dengan motosikal Bobber. Bagi mereka yang gemarkan perjalanan yang jauh akan mendapat manfaat yang hebat daripada motosikal Speedmaster yang baru ini kerana ianya menawarkan tahap keselesaan yang lebih tinggi beserta dengan keterujaan pada setiap pulasan pendikit.

Bagi memastikan yang penunggang dapat mengembara dengan lebih jauh dan lebih lama, motosikal Speedmaster ini didatangkan dengan tangki bahanapi 12 liter. Ini bermakna yang anda akan meluangkan hanya sedikit masa untuk isian semula di stesen minyak petrol dan lebih banyak masa bersiar-siar di atas lebuh raya dan jalan raya persisiran dengan senyuman riang di muka anda.

Ciri-ciri yang lain termasuklah kawalan bersiar, pendikit ‘Ride-By-Wire’, mod penunggangan yang boleh dipilih, ABS, kawalan cengkaman, dan juga pelbagai ciri-ciri yang lain yang terdapat pada motosikal ini. Triumph juga dengan bangganya telah mengumumkan bahawa akan ada lebih daripada 150 aksesori pengkhususan bagi motosikal Speedmaster ini bagi membantu menjadikan motosikal kesayangan mereka itu seunik pemiliknya.

Lihat sahajalah ke semua tangki bahanapi buatan khas khusus untuk motosikal Speedmaster dan model-model 2018 motosikal Triumph yang lain!

Tiada harga yang telah ditetapkan lagi buat masa ini bagi motosikal Speedmaster 2018. Motosikal ini dijangkakan untuk tiba secara berperingkat di seluruh dunia sekitar suku pertama tahun hadapan.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.