MV Agusta telah menyatakan bahawa mereka akang menghentikan pengeluaran motosikal superbike MV Agusta F4 menjelang hujung tahun 2018. Motosikal superbike MV Agusta yang berikutnya hanya akan tiba selepas tahun 2020, di mana jenama itu kini sedang menumpukan perhatian pada model empat silinder baru yang lain dahulu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MV Agusta, motosikal superbike baru…
Category: 1000cc
Mengingatkan anda kembali kepada grafik Suzuki yang menghiasi jentera-jentera perlumbaanya sekitar tahun 80-90an. Kali ini, grafik Origins hadir sebagai pilihan edisi terhad kepada jentera Suzuki GSX-R1000R.
Motosikal Ducati Panigale V4 R 2019 telah dilihat sedang diuji di Jerez bersama dengan pasukan pengilang Ducati WorldSBK. Dibina untuk perlumbaan dan bagi mematuhi peraturan baru WorldSBK, varian R ini akan menggunakan enjin V4 1,000cc. Motosikal Panigale V4 R ini dijangka akan dilancarkan dalam bulan Julai sewaktu “World Ducati Week 2018”.
Honda Motorcycles telah melancarkan motosikal ‘streetfighter‘ terbaru mereka dalam bentuk Honda CB1000R 2018 terbaru semasa pertunjukan EICMA 2017 di Milan baru-baru ini. Motosikal CB1000R terkini itu dilengkapi dengan enjin empat selari, 1,000cc, patuh Euro4 yang sama boleh didapati pada motosikal Honda CBR1000RR Fireblade. Di antara ciri-ciri lain yang terdapat pada motosikal ini adalah klac ‘slipper-and-assist‘,…
Motosikal Kawasaki Ninja ZX-10R SE 2018 telah diperkenalkan semalam di Pertunjukan EICMA yang sedang berlangsung di Milan, Itali. Pengemaskinian yang terbesar pada motosikal SE ini adalah suspensi elektrik separa aktif Showa dengan pengesan gerakan bersepadu. Roda aluminium tempa dan quickshifter dwi-arah yang diambil daripada motosikal ZX-10RR juga telah dilengkapkan pada motosikal ini.
Naza Premira Sdn. Bhd. baru sahaja melancarkan motosikal Aprilia RSV4 RF dan Aprilia Tuono 1100 V4 Factory 2017 semalam. Pelancaran itu telah diadakan di satu sesi ‘meet & greet‘ pasukan Aprilia Racing Team Gresini bersama dengan penunggang MotoGP mereka, Sam Lowes. Motosikal RSV4 RF 2017 telah dinilai pada harga RM121,571 manakala motosikal Tuono 1100…
Kawasaki baru sahaja melancarkan motosikal terbaru mereka, Kawasaki ZX-10RR 2018 yang secara amnya mengandungi pertukaran dua warna pada komponennya. Motosikal ZX-10RR ini masih menggunakan enjin DOHC, empat-selari, sejukan cecair, 998cc, sedia perlumbaanya itu yang telah diperhalusi sedikit untuk reliabiliti dan prestasi yang lebih baik. Generasi terbaru ZX-10RR ini telah diletakkan harganya bermula dari £16,249…
MV Agusta baru sahaja memperkenalkan motosikal replika terbaru mereka, motosikal replika MV Agusta F4 RC WorldSBK 2018 sejurus selepas pengumuman mengenai motosikal F4 LH44. Motosikal F4 RC yang baru ini didatangkan kit perlumbaan yang menarik, antaranya adalah ekzos sistem sepenuhnya SC Project, ECU perlumbaan, penutup tangki bahanapi lepasan-pantas, bahagian karbon fiber, dan banyak lagi….
Pada hari ini, kami akan bawakan satu panduan motosikal besar Honda yang berada di Malaysia istimew buat para penunggang baru. Kebanyakan orang Malaysia sudah pasti tahu mengenai Boon Siew Honda (BSH), satu nama yang terkenal dengan motosikal dan skuter berkapasiti kecil. BSH juga ada menawarkan rangkaian motosikal berkapasiti besar. Bermula dengan superbike Honda CBR1000RR…