Setelah membawakan pesaing kepada jentera moped berkapasiti 150cc, Benelli kini mengemaskini jentera mereka, RFS150i dengan edisi terhad. Benelli RFS150i Edisi Terhad ini diberi grafik baru berasaskan warna bendera Italy yang biasanya juga dikenali dengan Tricolore. Terdapat juga stiker nombor siri khas yang dipadankan pada jentera ini.
Author: eddy
Terdapat khabar dari Vietnam dan dilaporkan oleh TMCBlog, bahawa Yamaha sedang menyiapkan jentera moped dengan kod T155. Bagi mata yang memerhati, kod T135 dan T150 adalah rujukan pada jentera Yamaha 135LC dan Y15ZR. Wujudnya kod T155 ini menunjukkan bahawa mungkin Yamaha sedang menguji jentera yang berasaskan rupa bentuk moped 135LC dan Y15ZR.
Aprilia mempersembahkan jentera berkapasiti 150cc kepada dunia di acara Delhi Auto Show dengan membawakan RS150 dan Tuono 150. Aprilia RS150 merupakan jentera sukan dengan reraup penuh, manakala Tuono 150 hadir dengan gaya jalanan tanpa reraup.
Mengingatkan anda kembali kepada grafik Suzuki yang menghiasi jentera-jentera perlumbaanya sekitar tahun 80-90an. Kali ini, grafik Origins hadir sebagai pilihan edisi terhad kepada jentera Suzuki GSX-R1000R.
HLYM mengemaskini grafik dan warna untuk jentera 250cc mereka iaitu YZF-R25 dengan pilihan dua warna hitam dan biru. Harga masih tidak berubah pada RM20,630.78 (asas tidak termasuk GST).
Yamaha dikatakan sedang dalam proses mengemaskini jentera YZF-R25 dengan memberikan perubahan pada rekaannya. Pereka grafik dari Indonesia, Motoblast telah mengimaginasikan rekaan yang mungkin dalam cadangan Yamaha untuk kemasikininya.
Yamaha Y15ZR datang lagi kali dengan grafik baru yang menarik, Edisi GP, untuk tahun 2017 sempena siri perlumbaan MotoGP Oktober ini.
Boon Siew Honda (BSH) melancarkan Honda RS150R versi baharu 2017 dengan warna dan jalur yang baru untuk menambahkan lagi daya tarikan kepada peminat RS150R. Secara rasminya, RS150R diperkenalkan di Malaysia pada Jun 2016 dan berada di pasaran pada August 2016. Jentera ini dilengkapi enjin DOHC 150cc satu silinder dengan sistem penyejukan cecair dan dipadankan dengan…
Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) hari ini telah melancarkan NSS300 premium serba barunya skuter saiz pertengahan dan Honda PCX “Smart in Blue” yang dikemaskini dalam kategori skuter keupayaan tinggi sebagai jentera mewah, komuter harian tunggangan mudah yang mencampurkan prestasi tangkas dengan ciri-ciri menarik. Kedua-dua model bertujuan untuk memberi pengalaman menunggang premium terbaik kepada semua…