Triumph bakal menjadi pembekal enjin eksklusif bagi kelas Moto2 pada tahun 2019. Para pasukan Moto2 telah mula menguji enjin baharu tersebut. Enjin tersebut berasaskan pada enjin inline-Triple yang ada pada model Street Triple RS.
Author: Zarul Faiz
Kesatuan Eropah akan mengenakan kadar tariff yang tinggi ke atas produk buatan Amerika Syarikat. Antara produk yang akan terjejas adalah Harley-Davidson dan Indian Motorcycles. Tariff ini merupakan serangan balas terhadap tindakan Amerika Syarikat mengenakan tariff pada keluli import sebanyak 25%.
Sistem audio helmet UCLEAR AMP GO disambungkan melalui Bluetooth. Ia berfungsi dengan baik sekali sewaktu ujian awal kami. Ditetapkan pada harga yang cukup menarik sekali, iaitu hanya pada harga RM600.
Kereta berautonomi (gerak kendiri) mula membuat kemunculan dalam pasaran. Prestasinya dalam keadaan dunia sebenar agak baik sekali, namun, bagaiamanakah ianya diuji? Salah satu caranya adalah dengan motosikal berautonomi.
Harley-Davidson Sportster Iron 1200 adalah tambahan baharu bagi rangkaian popular Sportster. Berasaskan model Iron 883, ianya telah dilengkapi dengan enjin 1202cc yang lebih besar dan menawarkan 30% lebih kuasa. Dengan palang pemegang ‘mini-ape’ yang tinggi,tempat letak kaki yang ditetapkan pada di tengah-tengah, dan roda hadapan sebesar 19 inci, Iron 1200 ini adalah sebuah jentera buas…
Motosikal Harley-Davidson Fat Boy dari filem ikonik, Terminator 2 telah dilelong baru-baru ini. Ia telah berjaya meraih harga yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Populariti model Fat Boy tersebut melonjak naik sejak kemunculannya dalam filem berkenaan.
Penunggang pasukan pengilang Ducati MotoGP, Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo akan bertarung dengan para penunggang yang lain di “The Race of Champions”. Acara perlumbaan ini akan berlangsung sewaktu “World Ducati Week” 2018. Acara ini akan diadakan dari 20 hingga 22 Julai 2018.
Jadikan minat anda sebagai kerjaya dengan kursus juruteknik superbike. Kursus baru dari TOC Automotive College ni bertujuan untuk menyediakan para pelajar dengan pengetahuan penyelenggaraan bagi bagi hampir ke semua jenis superbike. Kursus ini menawarkan pembelajaran dalam kelas dan latihan amali dunia sebenar yang seimbang. Terdapat juga program pembiayaan yang bertujuan bagi menjadikan kos kursus ini…
Model Moto Guzzi V7 III Carbon Shine menampilkan kemaskini estetik pada rangkaian popular V7. Tiada perubahan dari segi prestasi pada motosikal ini, tetapi, ianya telah dilengkapi dengan bahagian karbon fiber untuk menyerlahkan lagi rupa parasnya. Hanya 500 unit yang akan dihasilkan untuk seluruh dunia, dan berkemungkinan ada yang akan tiba di tanah air kita.