Ulasan Awal Sistem Audio Bluetooth Helmet UCLEAR AMP GO

  • Sistem audio helmet UCLEAR AMP GO disambungkan melalui Bluetooth.
  • Ia berfungsi dengan baik sekali sewaktu ujian awal kami.
  • Ditetapkan pada harga yang cukup menarik sekali, iaitu hanya pada harga RM600.

Sudah biasa memakai set kepala bluetooth dalam helmet sejak tiga tahun yang lalu, saya kini tidak lagi boleh menunggang dengan selesa tanpanya. Penunggangan jadi jauh lebih menyeronokkan dan santai dengan adanya sistem berkenaan, dan juga ianya lebih memudahkan perhubungan sewaktu dalam perjalanan.

Pada ketika ini, sudah ada begitu banyak pengeluar ‘sistem audio helmet Bluetooth’, jadi ianya penting bagi kita untuk memilih pengeluar yang sesuai bagi menjimatkan wang dan juga masa kita.

Dari negara Singapura, munculnya UCLEAR Digital. Pengedar bagi pasaran Malaysia dan Singapura, Hodaka Motoworld telah menyediakan beberapa set sistem utama mereka, AMP GO, untuk diuji.

Yang pertama sekali, tampak jelas yang UCLEAR telah meringkaskan AMP GO. Satu set terdiri daripada:

  • Unit kawalan.
  • Sepasang speaker stereo Boost Plus.
  • Pautan helmet kekal.
  • Pautan helmet sementara.
  • Dua pad Velcro.
  • Kabel pengecas USB.
  • Panduan ‘Quick Start’.

Bagaimanapun, ianya tiada boom mikrofon atau ‘butang’ mikrofon, kerana ianya stereo dan dirumahkan dalam speaker.

Set ini telah disediakan tepat pada masanya, sewaktu kami menunggang uji ketiga-tiga varian Siri S BMW ke Cherating.

Pemasangannya cukup mudah dan ringkas, walaupun untuk pengguna kali pertama, kerana hanya ada sedikit sahaja bahagian yang perlu dipasang.Unit kawalannya juga amat mudah untuk dipaut kerana ianya adalah sebuah klip.

Menggandingkan Bluetooth dengan telefon kami cukup mudah dan pantas sekali, lebih-lebih lagi memandangkan yang iOS Iphone cukup leceh dalam pemautan dengan peranti bukan Apple. Menggandingkan kedua-dua unit kawalan untuk komunikasi interkon juga pantas dan mudah.

Speakernya juga kuat bunyinya sebaik sahaja kami pasang muzik dari telefon kami. Bukan sekadar kuat, ia juga cukup jelas bunyi bass dan treblenya – setiap patah perkataan dan nota jelas kedengaran di dalam helmet tersebut. Ini adalah satu perkara yang penting, terutamanya sewaktu menunggang pada kelajuan tinggi dengan telinga disumbat plag telinga.

Menunggangi BMW S 1000 R, saya menguji UCLEAR AMP GO dalam kelajuan rendah dalam bandar, hinggalah ke kelajuan tinggi. Taha bunyi kekal konsisten sepanjang masa, kerana kekuatan bunyinya dikawal secara mudah mengikut bunyi persekitaran; lebih kuat sewaktu anda dalam kelajuan tinggi dan lebih perlahan sewaktu anda memperlahankan kelajuan.

Tiga butang pada unit kawalannya cukup mudah untuk dirasa walaupun anda memakai sarung tangan. Saya telah mencubanya dengan sarung tangan musim panas yang nipis dan juga dengan sarung tangan kulit perlumbaan yang tebal.

Sewaktu penunggangan kami, Keshy berada lebih kurang 200 meter di hadapan, mengemudi S 1000 XR, di mana salah eorang daripada kami tanpa sengaja telah mengaktifkan fungsi interkom sewaktu menunggang pada kelajuan menghampiri 200km/j. Walaupun ada bunyi angin (yang sudah pasti akan ada dalam kelajuan ini), kami masih boleh mendengar suara masing-masing dengan jelas sekali, membuktikan yang ciri ‘noise-cancelling’ automatik unit ini berfungsi dengan baik sekali. Selain itu, kebimbangan kami mengenai ketiadaan ‘boom microphone’ ternyata meleset sekali, kerana AMP GO akan menyegi tiga suara kita bagi membolehkan tutur kata yang jelas.

UCLEAR mewar-warkan yang unit AMP GO ini mempunyai jarak maksimum sejauh 200m, jadi saya biarkan Keshy menunggang lebih jauh di hadapan. Kami hanya kehilangan isyarat sewaktu di nun jauh di ufuk, namun, kembali boleh berkomunikasi sebaik sahaja dalam jarak isyarat. Fungsi interkom ini boleh menghubungkan sehingga ke empat unit.

Selain itu, saya boleh mendengar dengan jelas muzik yang dimainkan sepanjang masa, walaupun melalui plag telinga Alpine Motosafe Tour (yang juga boleh didapati di Hokada Motoworld). Plag telinga istimewa ini boleh menapis bunyian yang mengganggu seperti bunyian angin tetapi membenarkan bunyi perbualan, trafik dan enjin motosikal anda didengari.

Kami ingat yang hujan telah pun reda sewaktu tunggangan kami, namun, ianya mula kembali sebaik sahaja kami melepasi Plaza Tol Gombak. Cukup lebat, sehinggakan tidak dapat melihat melalui lensa nyah-kabus helmet saya. Bagaimanapun, UCLEAR AMP GO ini terus berfungsi dan tiada setitis pun air yang memasuki kabel penyambung port.

Sejak itu, kami telah menunggang dengan UCLEAR AMP GO sepanjang masa, dan kami sedari yang baterinya tahan cukup lama. Saya hanya perlu mengecas unitnya setelah kami kembali dari Cherating, ditambah dengan empat hari berulang alik. Sewaktu itu, ia masih mempunyai 5% bateri.

Sebarang rungutan?

Audio sering kali terputus-putus sewaktu menunggang dalam bandar selepas muat turun yang pertama (mungkin akibat gangguan). Namun, saya mendapati yang unit tersebut memerlukan kemaskini firmware setelah saya mmuat turun aplikasinya (bergelar CLEARLink). Sejak kemaskini tersebut, masalah itu pun telah lenyap sama sekali.

Bercerita mengenai aplikasinya pula, walaupun anda tidak memerlukannya untuk mendengar muzik mahu pun untuk membuat panggilan, ianya lebih baik sekiranya anda memuat turunnya pada telefon anda. Aplikasi ini membolehkan anda untuk memeriksa firmware terkini dan memberikan kawalan menyeluruh ke atas konfigurasi unit tersebut, seperti ‘auto volume’, ‘bass boost’, ‘voice answering’, dan bermacam-macam lagi. Anda juga boleh menemui panduan pemilik di aplikasi tersebut.

Kesimpulannya, kami cukup suka akan UCLEAR AMP GO ini. Mudah dipasang, mudah digunakan, audio yang hebat, boleh dipaut pada peranti kami dengan pantas, interkomnya berfungsi seperti yang didakwa, kalis cuaca, dan bateri yang tahan lama.

Namun, ada satu kelebihan yang cukup penting pada UCLEAR AMP GO. Dengan segala ciri dan fungsinya yang hebat, ianya telah ditetapkan pada yang cukup menggiurkan sekali, iaitu pada harga RM600. Bagi sebuah sistem audio Bluetooth helmet yang terkini, ianya satu harga yang amat berbaloi.

Kunjungi Hodaka Motoworld untuk mendapatkannya. Anda juga boleh melayari laman Facebook Hodaka Motoworld untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sebarang produk yang mereka ada.

SPESIFIKASI TEKNIKAL UCLEAR AMP GO

Bluetooth: V4.2 (BR/EDR/BLE), Class 1
Profiles: HSP, HFP, A2DP, AVRCP, Intercom
Group Intercom: Full duplex up to 4 users
Range: Up to 200 metres per user
Battery: 3.7V lithium-ion
Talk Time: Up to 10 hours
Standby Time: Up to 400 hours

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply