Model BMW F 850 GS Adventure telah pun dilancarkan di EICMA 2018. Ianya memiliki spesifikasi yang sama seperti model standard, tetapi dengan tangki bahanapi 23 liter. Motosikal F 850 GSA ini lebih ke arah penunggangan off-road.
Author: Zarul Faiz
Ducati Malaysia telah mempersembahkan kepada para peminat Ducati pengalaman MotoGP 2018 muktamad sewaktu pusingan GP Malaysia yang berlangsung baru-baru ini di Sepang pada hujung minggu lalu. Satu sesi bertemu peminat yang istimewa bersama dengan para penunggang Ducati, Jorge Lorenzo dan Andrea Dovizioso, telah dianjurkan di tapak Ducati. Lebih daripada 100 orang pemilik Ducati telah menyertai…
Kami telah melaporkan desas-desus mengenai Aprilia sedang membangunkan sebuah motosikal kelas pertengahan dua silinder. Model Aprilia RS 660 Concept telah diperkenalkan di acara EICMA 2018. Enjinnya adalah sebuah enjin ‘parallel-Twin’ yang berasaskan model RSV4 1100/Tuono 1100 V4.
Generasi terkini Ducati Diavel 1260 2019 telah diperkenalkan dengan lebih banyak kuasa dan keanggunan. Tarikan terbesarnya adalah enjin ‘L-Twin’ Ducati Testastretta DVT 1,262cc yang menghasilkan 159hp dan 126Nm tork. Pakej elektroniknya telah dipertingkatkan dengan ketara, dengan spesifikasi seperti Cornering ABS, Wheelie Control, Power Launch Control, dan bermacam-macam lagi.
Motosikal KTM 790 Adventure 2019 dan KTM 790 Adventure R 2019 telah dilancarkan. Model asasnya itu lebih sesuai untuk kegunaan jalan raya manakala varian R adalah untuk penunggangan ‘off-road’. Model-model ini telah diperkenalkan di pertunjukan EICMA 2018.
Motosikal Honda CB650R 2019 telah diperkenalkan pada EICMA 2018. Model ini dibina atas platform motosikal Honda CB650F. Ia melengkapkan rangkaian Neo Sports Café Honda.
BMW R 1250 GS Adventure 2019 telah pun dilancarkan secara rasmi. Ia akan dilengkapi dengan enjin ShiftCam 1,254cc. Lampu LED dan skrin TFT 6.5 inci datang sebagai kelengkapan standard.
Motosikal MV Agusta Brutale 1000 Serie Oro 2019 ini merupakan model super naked paling berkuasa dengan 205hp. MV Agusta telah berusaha bagi mengurangkan geseran dalam enjin dan mengurangkan beratnya. Hanya 300 unit yang akan dibina.
Ducati Hypermotard 950 2019 telah diperkenalkan sewaktu acara Ducati 2019 World Première baru-baru ini. Dilengkapi dengan enjin dwi silinder Testastretta 11º, 937cc, model Hypermotard 950 baharu ini menghasilkan 114hp dan 96Nm tork. Dua varian berbeza telah diperkenalkan, iaitu model Hypermotard 950 asas dan Hypermotard 950 SP.