Semua helmet pelumba perlu mematuhi standard yang ditetapkan FIM. Helmet yang mendapat piawaian akan menerima sebuah label dengan hologram dan label QR. Badan peraturan tersebut berharap yang helmet-helmet berkenaan akan disediakan buat orang ramai bagi meningkatkan keselamatan.
Author: Zarul Faiz
Terdapat banyak perubahan yang telah disenaraikan bagi MotoGP musim 2019. Antara perubahan tersebut adalah dari segi penunggang, sesi kelayakan, dan juga aspek teknikal. Perubahan-perubahan ini dijangka akan menjadikannya satu lagi musim yang mengujakan.
Triumph Motorcycles mengekalkan kedudukan tempat pertamanya sebagai pengeluar motosikal besar dari Barat di Thailand. Pengeluar tersebut berjaya mengekalkan kedudukannya meskipun dengan kemelesetan keseluruhan dalam pasaran motosikal Thailand. Triumph Motorcycles Thailand kekal optimis kerana dua bulan yang berikutnya seringkali mendapat permintaan yang tinggi.
Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan motosikal Honda Wave 125i serba baharu. Motosikal kapchai 125cc yang versatil dan tahan lasak ini kini dilengkapi dengan reka bentuk yang segar dan moden. BSH telah menetapkan harga bagi motosikal Honda Wave 125i baharu ini bermula dari RM5,999 hingga RM6,299 (harga asas tidak termasuk cukai jalan dan insurans).
Bagaimana rasanya menjadi seorang pelajar di Kolej Automotif TOC? Kami telah menemubual Louis Tan, seorang pelajar SKM Tahap 3. Pelajar TOC mempunyai pelbagai peluang bermula dengan di mana mereka belajar hingga apabila mereka telah menamatkan pengajian.
Motosikal Norton Atlas Ranger dan Norton Atlas Nomad telah pun diperkenalkan. Kedua-dua model ini adalah motosikal jenis scrambler yang dijana enjin 650cc. Model Ranger mempunyai kebolehan ‘off-road’ manakala model Nomad pula untuk kegunaan jalan raya.
Tenneco Inc. akan membeli saham majoriti dalam syarikat suspensi terkemuka, Öhlins Racing A. B. Pengasas Öhlins, Kenth Öhlin akan kekal bersama syarikat berkenaan. Perjanjian ini akan dimeterai pada tahun 2019.
Encik Mohd Adib akan menunggang dari Pulau Pinang menuju ke China atas tujuan amal. Dana yang diraih akan disumbangkan kepada St. Nicholas’ Home, Pulau Pinang. St. Nicholas’ Home, Pulau Pinang, memberikan penjagaan buat orang kelainan upaya penglihatan.
Motosikal Honda CB125M Concept telah dipersembahkan sewaktu acara pertunjukan EICMA 2018 di Milan baru-baru ini. Motosikal supermoto mini itu telah diperkenalkan bersama dengan saudara kembaranya, model Honda CB125X Concept. Antara spesifikasi yang ada pada motosikal Honda CB125M Concept ini adalah roda 17 inci Marchesini, tayar ‘slick’ Pirelli, dan ekzos SC-Project.