Kolej Automotif TOC: Dari Sudut Pandangan Pelajar

  • Bagaimana rasanya menjadi seorang pelajar di Kolej Automotif TOC?
  • Kami telah menemubual Louis Tan, seorang pelajar SKM Tahap 3.
  • Pelajar TOC mempunyai pelbagai peluang bermula dengan di mana mereka belajar hingga apabila mereka telah menamatkan pengajian.

Bak pepatah Inggeris “The grass is greener on the other side”, kita selalu hanya melihat perspektif yang menarik sahaja sebagai orang luar. Tidak kiralah apa pun jua perkaranya: Pekerjaan orang lain, negara lain, kolej lain.

Kami telah menyiarkan berbilang artikel mengenai Kole Automotif TOC dari sudut pandangan kami. Namun, kami selalu tertanya-tanya akan bagaimana rasanya berada di kolej berkenaan dari sudut pandangan orang yang mengalaminya, iaitu para pelajarnya.

Kami berjaya menemuramah seorang pelajar TOC dan telah bertanyakan beberapa buah soalan kepadanya.

Louis Tan kini sedang menduduki kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3. Dia mula belajar di TOC pada tahun 2017.

MotoMalaya (MM) : Bagaimanakah perasaan anda belajar di Kolej Automotif TOC ini, secara amnya?

Louis Tan (LT) : Belajar di TOC ini cukup mengujakan, kerana mereka sering kali tampil dengan pelbagai idea mengenai cara untuk menyediakan para pelajar untuk persekitaran pekerjaan yang sebenar.

Sebagai contoh, pengajian asas saya bukanlah berkaitan dengan sukan permotoran tetapi, beberapa minggu yang lalu, saya telah berada di Litar Antarabangsa Sepang untuk kejohanan Malaysian Superbike Championship (MSBK). TOC dan MSF telah memberikan saya peluang untuk menjadi kru pit bagi pasukan Hiap Aik Suzuki Team.

MM : Apakah yang telah mendorong anda untuk memohon dengan Kolej Automotif TOC?

LT : Saya telah mempelajari subjek yang berbeza di kolej yang berlainan sebelum memohon dengan TOC. Saya belajar di sana selama satu semester sebelum memutuskan yang ianya tidak sesuai dengan saya.

Minat saya adalah pada subjek automotif. Saya telah mengkaji pilihan yang ada dan memutuskan yang TOC adalah pilihan yang terbaik, kerana ia memiliki fasiliti yang terbaik. Namun TOC mempunyai kos yang lebih tinggi. Saya telah kembali semula kepada bos saya, yang telah menaja pengajian saya, dan dia menggalakkan saya untuk memohon dengan TOC. Katanya kualiti lebih penting.

Selain daripada fasilitinya, TOC juga telah bekerjasama dengan pelbagai organisasi. Dengan itu, para pelajar mempunyai pelbagai peluang sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian mereka, dan ianya amat penting sekali.

MM : Adakah TOC menyediakan anda untuk kemajuan semasa dalam teknologi automotif?

LT : Sejujurnya, sesebuah kursus itu terdiri daripada 50% daripada yang anda pelajari. Baki 50% lagi bergantung kepada inisiatif anda sendiri. Bagaimana pun, sebuah kursus yang bagus akan membimbing anda dalam mendapatkan maklumat yang tepat.

Struktur kursus TOC terdiri daripada pembelajaran dalam kelas 20% dan 80% latihan amali yang sebenar.

MM : Apakah masa depan yang dapat anda bayangkan untuk diri anda?

LT : Terdapat pelbagai cabang masa depan yang cerah selepas belajar di TOC. Anda boleh pilih sama ada untuk menjadi seorang juruteknik atau mekanik, jurutera perlumbaan, mahu pun pengurus selepas jualan.

MM : Pengeluar manakah yang boleh disertai oleh para pelajar TOC setelah menamatkan pengajian mereka?

LT : Banyak! Kami boleh pilih dari sekitar 800 rakan kerjasama TOC! Kami memiliki rakan kerjasama seperti Ferrari, Ford, Perodua, Proton, Honda, Toyota, Peugeot, dan bermacam-macam lagi.

MM : Apakah perasaan anda sewaktu terlibat dengan sukan permotoran?

LT : Ianya merupakan kali pertama saya menyaksikan perlumbaan dari belakang tabir. Pada waktu inilah saya dapat menyaksikan semangat dan kesungguhan setiap pasukan.

Ianya satu pengalaman yang hebat juga sebagai seorang ahli kru. Perlumbaan berkenaan diisytiharkan sebagai perlumbaan cuaca basah, bermakna para pelumba perlu masuk semula ke dalam pit untuk menukar tayar selepas bermulanya perlumbaan. Setiap pasukan mempunyai masa selama sepuluh minit sahaja bagi menyempurnakan tugas tersebut.

Tiba-tiba, saluran bahanapi salah sebuah motosikal kami tertanggal dan ia telah memercikkan bahanapi sejurus sebelum meninggalkan pit. Kami terpaksa bergegas untuk membaikinya.

Tekanannya cukup terasa sekali. Ianya salah satu perkara yang tidak dapat kami alami dalam bilik kuliah.

MM : Jadi, nampaknya para pelajar boleh menikmati masa yang cukup mengujakan belajar di sini?

LT : Benar sekali! Saya berasa gembira berada di sini!

KESIMPULAN

Seperti mana yang telah kami tulis berkali-kali sebelum ini, Kolej Automotif TOC menawarkan persekitaran pembelajaran yang menyeluruh beserta peluang pekerjaan pada masa hadapan buat para pelajarnya. Kolej ini juga turut menawarkan pelbagai kursus yang berbeza bagi memenuhi minat setiap pelajar.

Jadi, anda tunggu apa lagi? Jika anda selalu mengimpikan kerjaya dalam bidang perkhidmatan motosikal, atau mahu memulakan bengkel motosikal anda sendiri, inilah platform sempurna bagi memulakan langkah anda dalam usaha mengejar impian tersebut. Jangan tunggu lagi, dapatkan maklumat lanjut mengenai Kursus Juruteknik Superbike TOC di www.toc.edu.my, atau hubungi talian (+603) 7960 8833.

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kursus Juruteknik Superbike TOC.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]