Kami mempratontonkan model GPX Legend 150, GPX Gentleman 200, GPX Demon GPR 150 dan GPX Demon GX 150. Motosikal-motosikal ini menawarkan rupa paras dan prestasi jentera yang berkapasiti lebih tinggi pada harga yang berpatutan. GPX merupakan pengeluar dari Thailand yang menghasilkan hampir ke semua komponen motosikal mereka.
Author: Zarul Faiz
Acara “Wheel, Walk & Fun Run” telah dianjurkan oleh Majlis Paralimpik Malaysia pada hari Ahad (13 Januari 2019) di Kampung Pandan. Acara larian amal ini telah ditaja oleh Naza Corporation Holdings sebagai sebahagian daripada aktiviti sosial korporat mereka bagi tahun 2019. Naza juga turut menaja sebuah model Vespa S125 serba baharu sebagai hadiah utama cabutan…
Motosikal Triumph Rocket III telah diintip sedang menjalani ujian. Ia dijangka tampil dengan enjin 2,500 hingga 2,800cc, 180 hingga 200hp yang baharu. Motosikal baharu ini tampak lebih moden dan agresif.
Nicola Dutto adalah penunggang motosikal paraplegik pertama dalam Rali Dakar. Jentera KTM 450 EXC-Fnya telah diubahsuai khusus untuk tugas berkenaan. Pasukannya terdiri daripada tiga orang penunggang lain yang akan membantunya.
Tulang selangka kanan Dani Pedrosa telah tercedera semula. Dan oleh kerana itu, dia tidak dapat menghadiri ujian pemanas di SIC. Tulang itu telah tercedera sewaktu latihan fizikal, dan bukannya akibat kemalangan.
Kami telah menemubual seorang pelajar antarabangsa di Kolej Automotif TOC. Kami ingin mengetahui bagaimana pelajar asing menyesuaikan diri dengan sukat pembelajaran dan juga pelajar yang lain. Gaya pembelajaran kolej ini membuka cara bagi para pelajar untuk mempelajari tentang kerjasama, tanpa mengira dari negara mana mereka datang.
BMW Motorrad Malaysia telah melancarkan dua buah program baharu. Program tersebut adalah Waranti 3 tahun dan Bantuan Tepi Jalan 3 tahun. Syarikat tersebut turut mendedahkan harga motosikal mereka yang baharu bermula 1 Januari 2019.
Kerajaan Negeri Terengganu kini sedang menawarkan lesen motosikal percuma. Program ini bermula dari 1 Februari dan akan berakhir pada 1 Mac 2019. Ianya terbuka bagi penduduk berusia dari 16 hingga 40 tahun.
Seorang lelaki berusia 18 tahun telah mengugut seorang pegawai JPJ dengan sebilah pisau setelah gagal ujian memandunya. Dia telah melakukan berbilang kesalahan trafik termasuklah melanggar lampu isyarat merah sewaktu ujian tersebut. Ini adalah kali ke-empat dia gagal ujian memandu.