Motosikal BMW F 850 GS 2019 adalah sebuah model serba baharu dengan pelbagai pengemaskinian yang dinanti-nantikan. Ianya memainkan peranan ‘sport-touring’-nya dengan baik sekali. Namun, ianya paling menyerlah sewaktu penunggangan ‘off-road’.
Author: Zarul Faiz
Penunggang bagi pasukan Monster Yamaha, Maverick Viñales, merupakan penunggang terpantas pada Hari ke-2 Ujian Pra Musim MotoGP 2019 Sepang. Dia berjaya mencatat masa 1 minit 58.897 saat, 0.067 saat di belakang rekod masa terpantas Ujian Pra Musim. Marc Marquez jatuh ke tangga ke-lapan setelah tampil terpantas pada hari pertama.
Kita sudah sedia maklum bahawa model Lightning LS-218 adalah motosikal jalan raya terpantas pada ketika ini. Namun, berapa pantaskah dapat ia mencecah kelajuan tertingginya? Saksikan video ini di mana Lightning Motorcycles telah menguji sebuah LS-218 pada sebuah dyno.
Sebuah koleksi motosikal MV Agusta klasik akan dijual di Paris. Koleksi ini terdiri daripada 90 buah motosikal termasuklah prototaip, jentera lumba buatan khas, motosikal pengeluaran, skuter dan lain-lain. Ianya dijangka mencecah harga antara €3,000 hingga €250,000 setiap satu.
Pasukan Aruba.it Racing – Ducati Superbike telah melancarkan jentera Ducati Panigale V4 R WorldSBK 2019 mereka. Penunggang mereka yang sedia ada, Chaz Davies akan disertai oleh penunggang baharu dan bekas pelumba MotoGP, Alvaro Bautista. Kejohanan WorldSBK musim 2019 menandakan kali pertama Ducati mempertaruhkan jentera janaan enjin V-Four.
Polis Diraja Malaysia telah berjaya menahan penunggang motosikal Singapura dengan nombor plet yang ditutup dengan pita pelekat. Berita ini telah disahkan oleh Ketua Polis Negara Malaysia. Mereka telah pun membayar saman yang dikenakan.
Seorang Professor Madya telah memberitahu Bernama bahawa 4 daripada 10 warga Malaysia menggunakan telefon ketika memandu. Gangguan antara 5 hingga 10 saat bersamaan dengan jarak 160 meter di atas jalan raya. Sebagai penunggang motosikal kita perlu sentiasa mengurangkan risiko dan berwaspada dengan sebarang tanda-tanda bahaya.
Pasukan pengilang Yamaha kini dikenali dengan nama Monster Energy Yamaha MotoGP. Mereka turut memperkenalkan kemasan grafik baharu untuk jentera Yamaha YZR-M1 2019 bagi kejohanan MotoGP musim 2019. Monster Energy telah mengambil alih penajaan utama dari Movistar.
Team Suzuki Ecstar telah melancarkan jentera Suzuki GSX-RR 2019 bagi MotoGP musim 2019. Para penunggangnya adalah veteran pasukan Suzuki selama tiga tahun, Alex Rins dan penunggang rookie, Joan Mir. Motosikal GSX-RR 2019 telah dipertingkatkan dalam beberapa buah bahagian utama tanpa menjadkannya sebuah jentera serba baharu.