Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) dengan rasminya telah melancarkan Honda CRF250L dan CRF250 Rally 2017, motosikal kembara tahap mulaan di pasaran Malaysia. Kedua-dua CRF250L dan CRF250 Rally telah dibina untuk ketegaran serta sifat tahan lasak yang boleh…
Author: Zarul Faiz
Penunggang pasukan pengilang Aprilia MotoGP semasa, Sam Lowes, dikatakan telah menandatangani kontrak yang bakal menyaksikan kemunculan semulanya di kelas pertengahan Moto2 bagi 2018. Lowes akan berlumba bagi pasukan CarXpert Interwetten Moto2 setelah mencapai kata sepakat sewaktu GP British pada hujung minggu lalu. Penunggang semasa bagi pasukan CarXpert Interwetten, Thomas Luthi, akan berhijrah ke kelas…
Hentian kedua bagi Motoring Art Festival kelolaan MotoNation. Menampilkan ke semua bentuk karya seni automotif. Jelajah ini akan berkemuncak dengan finale pada Disember 2017.
Andrea Dovizioso (Ducati Team) telah merangkul kemenangan MotoGP keempatnya di GP British semalam yang diadakan di Litar Silverstone. Maverick Vinales (Movistar Yamaha MotoGP) dengan percaturan tayar belakang lembutnya telah membuahkan hasil apabila dia merentasi garisan penamat di tempat ke-dua di hadapan teman sepasukan, Valentino Rossi yang menamatkan perlumbaan di tempat ke-tiga. Marc Marquez (Repsol…
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bersama dengan GT-Max telah menukar kedai mereka kepada Yamaha Star Centre pertama. Selain daripada sebuah Pusat 3S (Jualan, Perkhidmatan, Alat Ganti), ia juga menawarkan kepada para pelanggan pengalaman yang lebih meluas. HLYM akan membuka lebih banyak Yamaha Star Centre di seluruh negara.
Khabar angin serta maklumat dari sumber yang boleh dipercayai telah mengesahkan yang sebuah Suzuki Hayabusa yang di-cas turbo bakal tiba pada tahun 2019. Suzuki akan menyambut ulangtahun ke-20 Hayabusa pada 2019 tetapi sejak kemunculan kali pertamanya pada 1999, ianya masih belum pernah melalui sebarang perubahan yang besar. Lebih daripada sebuah motosikal Suzuki yang di-cas…
Energica, pengeluar motosikal elektrik dari Itali telah mengesahkan bahawa mereka akaa memperkenalkan motosikal scrambler elektrik terbaru mereka, Energica Eva EsseEsse9. Eva EsseEsse9 yangbakal tiba itu akan didatangkan dengan pelana beralur, tayar dwi-sukan, panel sisi nombor perlumbaan, dan…
MV Agusta akhirnya telah mengumumkan bahawa ke semua motosikal tiga silinder mereka akan mematuhi piawaian ketat Euro4. MV Agusta model F3 675, F3 800 dan Dragster 800 telah melalui evolusi pada enjin, elektronik, bunyian enjin dan emisi wasap ekzos menjadikannya lebih senyap dan bersih. Langkah untuk memastikan motosikal mereka patuh pada piawaian ketat…
Honda EX5 telah menikmati kejayaan yang amat besar untuk 30 tahun yang lalu semenjak ianya diperkenalkan di negara kita. Dengan keperluan negara yang sentiasa bertambah untuk sejenis bentuk pengangkutan yang gagah, boleh diharap dan juga mampu dimiliki, motosikal EX5 telah membuktikan dirinya sebagai kuasa pendorong utama di dalam Malaysia. Hingga hari ini, telah…