Motoring Art Festival Meraikan Keusahawanan Kreatif

 

  • Hentian kedua bagi Motoring Art Festival kelolaan MotoNation.
  • Menampilkan ke semua bentuk karya seni automotif.
  • Jelajah ini akan berkemuncak dengan finale pada Disember 2017.

 

Motoring Art Festival yang dikelolai oleh MotoNation telah membuat hentian kedua jelajahnya di Balai Seni Negara di Kuala Lumpur pada 26 Ogos 2017, setelah mengunjungi Kota Bharu, Kelantan pada 5 Ogos 2017.

Menyambut kami di ruang legar, di hadapan pintu masuk galeri itu merupakan motosikal chopper 1Malaysia, yang telah dibina oleh pembina tersohor, Orange County Cycles, bintang siri televisyen, American Chopper. Melihatnya dengan anak mata kita sendiri di luar bangunan MaTIC (Malaysian Tourism Centre) berbanding hanya dalam gambar memberikan pengalaman yang berlainan.


Motosikal ini tersadak sepenuhnya, dengan kerangka tiub keluli berdiameter besar memautkan segalanya bersama.

Terdapat pelbagai perincian bermotifkan Visit Malaysia yang bertaburan di sekelilingnya, termasuklah sebuah Menara Berkembar Petronas miniatur yang dipasang pada bahagian bawah kerangka hadapan.

Festival ini bertujuan bagi menyatukan semua peminat permotoran dari segala cabang di bawah panji kreativiti automotif. Terdapat pelbagai motosikal yang dibina khas, seperti yang telah dijangkakan, namun pengolahan peragaannya membuatkan acara ini tampak lebih mengagumkan.

“Pada masa kini telah terdapat pertunjukan motor, festival auto, salun auto, tetapi, mereka yang berada di sini ke semuanya budaya permotoran persendirian,” ujar Encik Faisal bin Mohamad Ali, Pengarah Eksekutif MotoNation. “Apa yang ingin dilakukan oleh MotoNation adalah menempatkan ke semua budaya-budaya ini di bawah satu bumbung.” Seumpama itu, terdapat juga mereka yang amat dikenali dalam satu komuniti yang kecil sahaja, dan MotoNation berhasrat untuk memperkenalkan mereka kepada segmen yang lebih besar.

“Negeri-negeri yang berlainan di Malaysia mempunyai budaya permotoran yang berbeza. Contohnya, kami telah mendapat tahu di Kota Bharu meskipun mereka tidak mempunyai banyak kereta-kereta mewah, mereka telah mencantikkan lagi kenderaan mereka dan disertakan dengan sistem bunyi yang hebat. Namun anda tidak akan dapat melihat kereta sebegini di Kuala Lumpur.”

“Para penggemar ini ada kelab masing-masing dan mereka membawa haluan sendiri. Jadi, kami ingin menghimpunkan kesemua penggemar yang berbeza ini di acara utama pada bulan Disember.”

Motosikal-motosikal ini telah diperagakan di galeri utama. Motosikal berkapasiti besar memenuhi ruangan utama, manakal motosikal Street Cub yang lebih kecil dan ringan mengambil tempat di sepanjang laluan bulatan utama, yang mengelilingi ruang atrium utama. Tanggapan pertama yang kami dapat dari sini merupakan yang ianya saling tidak tumpah dengan Art of Motorcycle Exhibition di Muzium Solomon R. Guggenheim, Bandaraya New York, yang diadakan pada tahun 1998.

Motosikal-motosikal besar terdiri daripada cruiser dari Harley-Davidson, Yamaha dan juga sebuah motosikal Indian.

 

Sebuah Harley Fat Bob yang tampak agak standard kecuali pada hab roda lutsinar plexiglass yang membuatkan rodanya tampak seakan-akan terapung di atas udara.

 

Pemilik Hungryghost Custom Inc., Ahmad Junaidi Abdul Aziz telah melakukan kerja pengkhususan yang hebat pada sebuah motosikal Indian Scout milik pelanggannya.

 

Junaidi telah menggantikan tayar belakangnya dengan sebuah tayar 240mm, yang terletak dengan kemas sekali di antara batang lengan ayun motosikal Scout itu. Junaidi menyatakan, “Itulah keluasan maksimanya. Anda tidak akan dapat meletakkan sebatang pen pun pada ruangan di antara tayar dan lengan ayun berkenaan.”

 

Sepasang paip  ekzos ‘Tommy Gun’ ditarik hingga ke belakang, dan motosikal itu dicat dengan warna cat navy blue yang cukup cantik sekali.

 

Hiasan yang menjadi cap tanda Junaidi merupakan sentuhan terakhirnya – ukiran pada batang keluli yang dihias dengan cantik, meliputi batang fork, di antara apit tiga.

 

Sebuah motosikal Virago yang dibikin terletak hanya beberapa meter darinya. Ianya tampak seperti biasa sahaja pada mulanya, sehinggalah anda perasan akan sebuah palang besi menegak menggantikan tuil gear yang menggunakan kaki. Tuil klac pula dipindahkan di atas palang berkenaan.

 

Terdapat juga sebuah Harley Shovelhead yang cukup indah, yang mirip akan sebuah FL masa lalu.

 

Sebuah motosikal Evo yang di cat khas dan berjalur nipis terletak tidak jauh dari situ, dengan perkataan ‘Bugis’ terpampang dengan megahnya di atas tangki bahanapi.

 

Sebuah Evo Softail yang dibikin ala-bobber dengan penampal Red Garage diletakkan menghadap pintu masuk – ditanggalkan segalanya kecuali bahagian-bahagian terpentingnya.

 

Bersebelahan dengan motosikal besar ini adalah satu seksyen yang didedikasikan untuk pameran arca dari barangan motosikal yang telah dikitar semula, termasuklah lampu hadapan, karburetor, palam pencucuh, jejari roda, dan sebagainya.

Motosikal Street Cub datang dalam pelbagai bentuk, saiz, serta tema yang kreatif, dibina dari motosikal Honda Cub, Honda CG125, dan skuter MZ Mosquito.

Tetapi, yang paling istimewa sudah semestinya sebuah Honda Super Cub yang dipanjangkan, yang digelar sebagai “Super Cub Limousine” oleh pemiliknya. Ianya mampu ditunggangi oleh tiga orang dewasa atau enam orang kanak-kanak.

Motosikal CG125 telah ditanggalkan segalanya kecuali bahagian yang terpenting, dan kemudiannya diberi kemasan khas.

Skuter Mosquito pula, ditanggalkan segala panel badannya, dan kemudiannya dilengkapkan dengan tayar yang lebih lebar.

Di dalam auditorium pula, berlangsungnya SUPERB TERAJU Walk-In Bizpitch (juga dikenali sebagai Jelajah Usahawan – Entreprenuers’ Tour)  yang telah diadakan sepanjang hari di mana usahawan Bumiputera telah membentangkan rancangan serta pelan perusahaan mereka kepada panel hakim. Sejumlah RM3 juta akan dianugerahkan di antara enam peserta akhir dengan model perniagaan terbaik dalam industri automotif. Para peserta akhir akan diumumkan sewaktu finalenya pada bulan Disember nanti.

Di luar, sebuah “Transformer Truck” MotoNation telah diubah menjadi Pentas Utama bagi pertunjukan langsung. Kugiran Indie membuat persembahan sepajang hari dan OAG telah membuat kemunculan mereka pada lewat petang.

Empat buah motosikal buatan khas dengan fork ‘outrigger’ telah menarik perhatian orang ramai. Ianya kelihatan seperti  yang telah dibina oleh Eastern Bobber.

MotoNation juga turut menyediakan empat keping papan lapis yang besar sebagai hamparan kosong untuk para artis grafiti. Ianya bagi membolehkan mereka untuk meluahkan kreativiti mereka dalam keadaan yang terkawal.

Di tapak-tapak gerai, MotoNation menganjurkan aktiviti sukaria bagi seluruh keluarga, seperti ‘inflatable playground’, tempat untuk bermain buih sabun, dan juga kuiz.

Gerai korporat termasuk Petron telah memperagakan rangkaian pelincir terbaru mereka;

RWB yang membuat pengkhususan dalam kit badan lebar untuk model Porsche 911 sejukan udara;

Dan juga skuter elektrik Treeletrik T-90.

Terdapat juga sebuah salun auto bagi para pemilik memperagakan hasil kreativiti masing-masing.

Perkhidmatan makanan dan minuman terdiri daripada sebatang jalan yang telah dipenuhi oleh trak makanan.

Jelajah MotoNation akan mengunjungi Johor Bahru pada 16 dah 17 November, dan akhir sekali berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dari 1 hingga 3 Disember 2017.

 

Leave a Reply