Energica Mengesahkan Motosikal Scrambler Elektrik Energica Eva EsseEsse9 Yang Bakal Muncul Tiba!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Energica, pengeluar motosikal elektrik dari Itali telah mengesahkan bahawa mereka akaa memperkenalkan motosikal scrambler elektrik terbaru mereka, Energica Eva EsseEsse9.
  • Eva EsseEsse9 yangbakal tiba itu akan didatangkan dengan pelana beralur, tayar dwi-sukan, panel sisi nombor perlumbaan, dan pelbagai lagi spesifikasi scrambler.
  • Oleh kerana ianya akan didasarkan daripada model motosikal naked Eva yang semasa dari pengeluar itu, motosikal scrambler Eva EsseEsse9 yang baru ini berkemungkinan menggunakan motor elektrik yang sama yang menghasilkan sekitar 110hp dan180Nm tork.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pembina motosikal elektrik hebat yang berasal dari Itali, Energica, akhirnya telah mengesahkan yang mereka sedang dalam usaha membangunkan model yang serba baru bagi tahun 2018.

Konsep Eva EsseEsse9 yang pada mulanya diperkenalkan pada tahun lalu akan menjalani kerja-kerja akhirnya sebelum pelancaran besar-besarannya yang mungkin sekali akan diadakan semasa Pertunjukan EICMA di Milan, Itali.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Energica telah pun dalam usaha pembangunan dan pengilangan motosikal elektrik sejak sekian lamanya lagi. Eva EsseEsse9 yang baru ini akan didasarkan daripada model motosikal naked Energica yang telah dinamakan sebagai Eva. Motosikal EsseEsse9 ini akan menjadi motosikal dengan penggayaan sebuah scrambler.

Konsep scrambler yang dapat dilihat dalam gambar-gambar yang terpampang telah menggambarkan yang ianya akan dilengkapi dengan pelana beralur, tayar dwi-sukan, dan seperti mana yang sering kita lihat pada motosikal café racer dan scrambler moden masa kini, ianya juga akan didatangkan dengan panel sisi badan bernombor perlumbaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berdasarkan laporan asal yang dapat dibaca di laman sesawang Visordown, Motosikal Eva EsseEsse9 ini akan dilengkapkan dengan sebuah motor elektrik yang akan menghasilkan kuasa pada julat sekitar 110hp dan juga 180Nm tork.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Energica, anda bolehlah sama ada menunggu motosikal Eva EsseEsse9 ini membuat kemunculan julung kalinya pada Pertunjukan EICMA tahun ini, atau pun anda boleh juga melayari laman sesawang rasmi mereka dengan menekan DI SINI.

Teruskan bersama kami di MotoMalaya untuk sebarang perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.