MV Agusta Mengemaskini Ke Semua Motosikal Tiga Silinder ke Euro4 – Kini Lebih Senyap Dan Bersih!

 

 

  • MV Agusta akhirnya telah mengumumkan bahawa ke semua motosikal tiga silinder mereka akan mematuhi piawaian ketat Euro4.
  • MV Agusta model F3 675, F3 800 dan Dragster 800 telah melalui evolusi pada enjin, elektronik, bunyian enjin dan emisi wasap ekzos menjadikannya lebih senyap dan bersih.
  • Langkah untuk memastikan motosikal mereka patuh pada piawaian ketat Euro4 ini bermakna yang mereka boleh meneruskan penjualan motosikal mereka di negara-negara Eropah pada tahun 2018 dan selanjutnya.

 

MV Agusta akhirnya telah memastikan yang ke semua motosikal tiga silinder mereka patuh pada piawaian ketat Euro4.

Seperti apa yang telah diketahui oleh kebanyakan pengeluar, peraturan emisi Euro4 adalah lebih ketat yang mana pastinya MV Agusta perlu membuat pengubahansuaian yang sebetulnya pada enjin motosikal serta pada kelengkapan elektroniknya bagi mematuhi piawaian tersebut.

Para pengeluar dan pasaran Eropah yang ingin meneruskan penjualan motosikal mereka di benua tersebut perlu mematuhi Euro4 sekiranya mereka ingin membuat yang demikian selepas 2018.

Motosikal-motosikal MV Agusta seperti F3 675, F3 800, dan Dragster 800 telah melalui proses evolusi bagi mendapat sijil perakuan Euro4 dengan membuat pengubahsuaian pada enjin, elektronik dan pelbagai lagi kelengkapan mereka.

Dari segi bunyian enjin serta emisi wasap ekzos, MV Agusta telah berjaya mengurangkannya bagi ke semua motosikal sebanyak separuh berbanding dengan motosikal patuh Euro3 mereka. Ini juga bermakna yang motosikal MV Agusta yang baru ini adalah lebih senyap dan juga bersih.

Kedua-dua F3 675 dan 800 telah menerima casis yang diperkemaskini bagi ketegaran yang lebih baik selain daripada enjin yang diperkemaskini. Buat sementara ini, motosikal yang diperakui Euro4, F3 675 kini menghasilkan 128hp manakala F3 800 kini menghasilkan 144hp.

Dengan ke semua kemaskini ini, MV Agusta boleh meneruskan perusahaan mereka seperti biasa terutamanya di Eropah dan dengan kebolehan untuk mematuhi piawaian ketat Euro4, tidak akan menjadi satu kejutan sekiranya kita akan dipersembahkan dengan satu rangkaian motosikal yang serba baru dari pengeluar dari Itali ini.

Teruskan setia bersama MotoMalaya untuk segenap berita dunia permotoran.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.