Motosikal Honda Gold Wing 2018 terkini telah pun dilancarkan secara rasmi di Pertunjukan Motor Tokyo 2017. Akan terdapat dua buah model yang akan disediakan; motosikal Honda Gold Wing 2018 yang berinspirasikan motosikal bagger dan sebuah motosikal super touring, Honda Gold Wing Tourer. Honda telah menetapkan harga bagi generasi keenam motosikal Gold Wing ini bermula…
Author: Zarul Faiz
Koleksi terkini Shark Helmets dan kelengkapan menunggang Furygan telah diperkenalkan semalam di Spartan Concept Store, Bandar Sunway. Furygan juga telah memperkenalkan jaket menunggang musim panas terbaru yang terdiri daripada sut, sarung tangan, dan kasut but. Bintang MotoGP mereka, Johann Zarco, turut hadir untuk menghiburkan peminatnya dengan satu sesi ‘meet & greet‘.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Red Bull telah menganjurkan satu sesi ‘meet & greet‘ bersama dengan Khairul Idham Pawi, lebih dikenali sebagai Superkip. Red Bull telah memainkan peranan penting dalam kerjaya Superkip sebagai seorang pelumba. Superkip menganggap tahun 2017 sebagai tahun untuk belajar dan maju ke hadapan.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Petronas telah menganjurkan satu sesi meet & greet bersama bintang Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin. Peminat juga berpeluang untuk mendapatkan tandatangan Hafizh. Hafizh berharap untuk melakukan yang terbaik pada hujung minggu ini dan mengucapkan terima kasih kepada Petronas serta peminatnya.
Bagi pusingan MotoGP Malaysia 2017 tahun ini, Boon Siew Honda telah menyediakan sesuatu yang amat istimewa di gerai MotoGP mereka. Bertemakan “Feel the Vibe”, akan adanya muzik, aktiviti, dan kelengkapan perlumbaan dan gaya hidup terkini yang akan disediakan buat para pembeli. Selain itu, sebuah motosikal RC213V akan disediakan khas buat para pengunjung untuk sesi bergambar…
Shell Advance bersama dengan Lazada Malaysia serta Minuman Tenaga Monster telah menganjurkan satu sesi ‘meet & greet” yang amat istimewa bersama dengan penunggang pasukan pengilang Ducati MotoGP, Jorge Lorenzo. Para peminat serta pemenang-pemenang peraduan atas talian Shell Advance Lazada Malaysia telah dihadiahkan dengan satu sesi perjumpaan dengan juara dunia MotoGP tiga kali berkenaan. Penunggang…
PETRONAS dan Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit – SIC) telah berganding bahu untuk menunbuhkan pasukan PETRONAS Sprinta Racing bagi membangunkan lagi masa depan sukan permotoran dua roda di rantau ini. PETRONAS Talent Development Programme (TDP) dan SIC Talent Development Programme (SICTD) telah bekerjasama bagi membantu dalam usaha berterusan untuk memupuk bakat muda. SIC akan…
Moto Guzzi telah menganjurkan Moto Guzzi Sunday Ride pada hujung minggu yang lalu. Tunggangan Moto Guzzi yang pertama dianjurkan secara rasmi oleh Moto Guzzi Malaysia. Tunggangan ini menuju ke Gohtong Raya dan Bentong.
Terdapat sebuah pelan yang menunjukkan kemunculan sebuah motosikal elektrik Ducati di pasaran menjelang tahun 2030. VW Group telah mengumumkan di Frankfurt Auto Show mengenai inisiatif hijau terbaru mereka yang dinamakan “Roadmap E”. Inisiatif ini dirancang bagi mempelbagaikan setiap satu jenama permotoran di bawah naungannya itu dengan sekurang-kurangnya sebuah kenderaan elektrik menjelang tahun 2030.