Rangkaian Shark Helmets Dan Kelengkapan Menunggang Furygan 2018 Diperkenalkan!

  • Koleksi terkini Shark Helmets dan kelengkapan menunggang Furygan telah diperkenalkan semalam di Spartan Concept Store, Bandar Sunway.
  • Furygan juga telah memperkenalkan jaket menunggang musim panas terbaru yang terdiri daripada sut, sarung tangan, dan kasut but.
  • Bintang MotoGP mereka, Johann Zarco, turut hadir untuk menghiburkan peminatnya dengan satu sesi ‘meet & greet‘.


Pengimport dan pengedar rasmi Shark Helmets dan kelengkapan menunggang Furygan, Windmaster Sdn. Bhd., telah memperkenalkan koleksi Shark Helmets dan kelengkapan menunggang Furygan terbaru mereka bagi tahun 2018. Pelancarannya telah diadakan semalam di Spartan Concept Store yang terletak di Bandar Sunway, Selangor.

Secara keseluruhannya, terdapat tiga tambahan terbaru kepada rangkaian Shark Helmets yang terdiri daripada helmet edisi terhad Shark Race-R Pro Carbon Zarco 2016, helmet edisi terhad Shark Race-R Pro White Shark, dan helmet Shark Race-R Pro Lorenzo 2017.

Helmet Race-R Pro Carbon Zarco 2016 merupakan sebuah helmet model teramat terhad dengan hanya 1,500 buah helmet yang telah dikeluarkan untuk seluruh dunia. Rekaannya itu berdasarkan kemenangan kejohanan Moto2 berturut-turut yang mana telah dicapainya pada tahun lalu. Johann Zarco adalah satu-satunya penunggang yang telah memenangi takhta Moto2 dua kali berturut-turut. Helmet ini diletakkan harganya pada RM3,290.

Seorang lagi penunggang berprofil-tinggi yang ditaja oleh Shark Helmets adalah yang tidak lain dan tidak bukan, penunggang bagi pasukan pengeluar Ducati, Jorge Lorenzo. Helmet Race-R Pro Lorenzo White Shark ini juga merupakan helmet edisi teramat terhad dengan hanya 1,500 buah unit sahaja yang telah dikeluarkan untuk seluruh dunia. Ianya merupakan helmet yang telah digunakan oleh Lorenzo pada tahun lalu semasa GP Aragon di mana dia mendapat tempat ke-dua. Diruncitkan pada harga RM3,675, helmet edisi terhad ini didatangkan dengan pelindung asap percuma dan sepasang cermin mata hitam Skull Rider Shark Attack yang bernilai RM230.

Helmet terakhir yang dilancarkan semalam adalah helmet Shark Race-R Pro Lorenzo 2017 dengan rekaan terkini yang digunakan oleh penunggang
berkenaan. Helmet ini teramatlah indah dengan kemasan matte dengan rekaan bagi memperingati perpindahan bersejarahnya ke Ducati pada tahun ini. Helmet ini diletakkan pada harga RM2,380.

Pengeluar kelengkapan menunggang dari Perancis, Furygan, juga telah mengambil peluang ini untuk melancarkan sebahagian daripada kelengkapan terkini mereka bagi tahun 2018 semalam. Mereka telah memperkembangkan lagi koleksi musim panas mereka bagi disesuaikan dengan keadaan cuaca di Malaysia dan jugan negara-negara ASEAN yang lain. Direka dengan aliran udara yang maksima bagi menyejukkan badan penunggang dengan pantas, barangan- barangan ini ke semuanya telah diperakui CE dengan perlindungan impak D30 yang fleksibel dan juga tahan lasak pada masa yang sama.

Jaket musim panas terkini mereka adalah jaket Furygan Speed Mesh 3D, Swirl Vented, Arrow Vented, WB07 Vented, Blast, dan Soho Lady. Harganya dalam linkungan RM695 hingga ke RM1,700. Selain daripada koleksi musim panas ini, Furygan dengan berbesar hati mengumumkan bahawa mereka kini menawarkan warna khusus dengan pensaizan standard bagi sut perlumbaan Full Apex Perforated Suit. Berminat untuk memiliki sut perlumbaan dengan rekaan istimewa anda yang tersendiri? Furygan dapat membantu anda.

Bersempena dengan pelancaran ini, pasukan Monster Yamaha Tech 3 dan Furygan bersama dengan penunggang tajaan Shark helmets, Johann Zarco telah membuat kemunculan yang amat istimewa sewaktu pelancarannya semalam bagi satu sesi ‘meet & greet‘ bersama dengan ke semua peminatnya,

Seperti biasa terdapat sesi soal jawab, sesi bergambar bersama peminat dan sesi tandatangan. Juara dunia Moto2 dua kali itu dengan gembiranya melayani setiap tetamu termasuklah dengan mencuba buah-buahan tempatan. Tetapi, dia terpaksa menolak apabila dipersembahkan dengan durian Musang King. Namun begitu, dia tetap telah menghiburkan para hadirin dengan mempersembahkan aksi rutin kemenangannya yang cukup terkenal, Zarco Flip.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai koleksi Shark Helmet dan produk kelengkapan menunggang terbaru Furygan, kunjungilah Spartan Concept Store yang terletak di Bandar Sunway. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, TEKAN SINI.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.