Shell Advance Menghadiahkan Peminat Di Malaysia Dengan Sesi Meet & Greet Bersama Jorge Lorenzo!

 

  • Shell Advance bersama dengan Lazada Malaysia serta Minuman Tenaga Monster telah menganjurkan satu sesi ‘meet & greet” yang amat istimewa bersama dengan penunggang pasukan pengilang Ducati MotoGP, Jorge Lorenzo.
  • Para peminat serta pemenang-pemenang peraduan atas talian Shell Advance Lazada Malaysia telah dihadiahkan dengan satu sesi perjumpaan dengan juara dunia MotoGP tiga kali berkenaan.
  • Penunggang kelahiran Sepanyol itu cukup gembira melayani permintaan swafoto dan tandatangan daripada para peminatnya.


Shell Advance bersama dengan Minuman Tenaga Monster telah menghadiahkan sekumpulan penggemar MotoGP dengan satu sesi ‘meet & greet’. Dengan siapa, tanya anda? Ianya tidak lain dan tidak bukan, juara dunia MotoGP tiga kali, Jorge Lorenzo dari pasukan pengilang Ducati MotoGP!

Sekumpulan pemenang bertuah yang telah menyertai peraduan atas talian Shell Advance melalui Lazada Malaysia telah terpilih untuk bertemu dengan Lorenzo awal hari ini. Jorge Lorenzo telah menyapai ke semua yang hadir dengan senyuman yang lebar dan sedia melayani permintaan swafoto dan tandatangan dengan para pemenang utama.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Peraduan Atas Talian Shell Advance Lazada Malaysia dengan kerjasama Minuman Tenaga Monster, TEKAN SINI.

Sebahagian daripada ahli kelab Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) juga turut dijemput ke acara utama ini untuk berjumpa dengan penunggang tersohor ini. Diadakan di Socialmex yang terletak di Glenmarie, penunggang bagi pasukan Ducati itu cukup bersemangat untuk bertemu dengan para peminatnya yang setia di Malaysia sebelum menempuhi pusingan kedua terakhir pada hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang.

Sesi ‘meet & greet’ yang ringkas namun menyeronokkan itu telah memberikan peluang yang secukupnya buat para peminat yang menghadirinya untuk bersuai kenal dengan wira motosikal mereka itu.

Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih disampaikan buat Shell Advance, Lazada Malaysia, dan Minuman Tenaga Monster kerana menjayakan acara ini buat para peminat yang bertuah. Hujung minggu sudah semakin hampir tiba, tuan-tuan dan puan-puan. Bersedialah untuk menyaksikan perlumbaan MotoGP di Shell Malaysia Motosikal Grand Prix! Jumpa anda di sana!

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]