Sesi Meet & Greet Hafizh Syahrin Dan Petronas

Advertisements

 

Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah

  • Petronas telah menganjurkan satu sesi meet & greet bersama bintang Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin.
  • Peminat juga berpeluang untuk mendapatkan tandatangan Hafizh.
  • Hafizh berharap untuk melakukan yang terbaik pada hujung minggu ini dan mengucapkan terima kasih kepada Petronas serta peminatnya.


Petronas Technology Park 2, 25 Oktober 2017 – Para peminat penunggang Moto2 bagi pasukan Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin telah menerima kejutan yang menggembirakan pada hari ini di mana Petronas telah menganjurkan satu sesi meet & greet.

Bersempena dengan acara di halaman Hafizh Syahrin dan Petronas, para peminat telah menanti dengan sabarnya kemunculan Pescao 55 untuk satu sesi tandatangan.

Kami juga telah berpeluang untuk menemubual Hafizh mengenai pengllibatannya bersama Petronas.

MotoMalaya (MM) : Bagaimanakah penglibatan Petronas telah memberi manfaat untuk anda dari waktu anda dalam kelas pocket bike sehinggalah sekarang?
Hafizh Syahrin (HS) : Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Petronas kerana telah memberikan saya peluang yang besar sejak tahun 2009. Mereka telah menyokong saya dari mula hingga sekarang, dan telah secara berterusan mempertingkatkan lagi sokongan itu saban tahun.

MM: Adakah Petronas pilihan tepat buat pelumba muda di Malaysia?
HS: Terdapat ramai penunggang muda yang berbakat dalam perlumbaan tempatan, dan mereka perlu menunjukkan kepada Petronas potensi mereka. Pada pendapat saya, terdapat dua atau tiga pelumba dengan potensi yang besar yang bakal mendapat nama. Dan Petronas perlu meneruskan usahanya untuk masa hadapan.

MM: Selain diri anda, adakah penglibatan Petronas juga telah membuka jalan bagi perkembangan bakat buat wargnegara Malaysia dalam bidang yang lain seperti mekanik dan juruteknik?
HS: Ya, terutamanya mekanik saya, Habib, yang telah mengikuti saya sejak dari tahun 2009 sehingga hari ini. Dengan adanya dia bersama saya di Eropah terasa amat bagus sekali kerana ianya agak janggal sekiranya saya tidak mempunyai kawan untuk bercakap dalam bahasa yang sama, selain daripada memasak masakan Malaysia dan halal bersama.

MM: Apakah aspirasi anda untuk GP Malaysia pada hujung minggu ini?
HS: Seperti biasa, saya akan melakukan yang terbaik. Saya ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Petronas dan para peminat saya atas sokongan mereka yang tidak berbelah bagi.

Kami juga telah membuat satu laporan mengenai penyertaan Hafizh Syahrin dalam Moto2 baru-baru ini. TEKAN SINI untuk membaca artikel berkenaan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.