Jorge Lorenzo memecahkan rekod catatan masa pada sesi pagi. Dani Pedrosa juga telah memecahkan rekod catatan masa terbaiknya. Cal Crutchlow terus mempamerkan prestasi yang baik.
Author: Zarul Faiz
Suzuki telah mengumumkan bahawa motosikal replika MotoGP Suzuki GSX-R1000 2018 bersama dengan Suzuki GSR-R1000R. Pelancaran tersebut adalah bersempena dengan pelancaran kemasan grafik terbaru bagi jentera MotoGP mereka, Suzuki GSX-RR 2018 di Sepang. Harganya di pasaran UK telah ditetapkan pada £13,599 (kira-kira RM74,281) dan £16,099 (kira-kira RM87,937).
Terdapat pelbagai kompaun pad brek yang berbeza tersedia di dalam pasaran. Setiap satu memberikan gaya pembrekan yang berbeza. Dapatkan jenis yang sesuai dengan gaya penunggangan serta kegunaan motosikal anda.
Hari Kedua Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018 melabuhkan tirai dengan kedua-dua penunggang pasukan pengilang Yamaha mendahului gerombolan. Penunggang pasukan pengilang Ducati dan Honda menamatkan hari di kelompok belakang. Catatan masa dari tempat pertama sehingga ke-lima jauh lebih pantas berbanding catatan masa kelayakan perlumbaan tahun lalu.
Motosikal Benelli Leoncino 500 2018 bakal tiba di bilik pameran pada bulan Februari ini. Mforce Bike Holdings telah menerima lebih daripada 1,000 buah tempahan sejak motosikal ini dilancarkan pada bulan Oktober 2017 yang lalu. Ditetapkan harganya pada RM27,999 (harga asas beserta GST), motosikal Leoncino 500 ini menghasilkan 47hp dan 45Nm tork.
Hari Kedua Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018 bermula di bawah terik cahaya matahari. Hanya tiga orang penunggang sahaja telah mencatat masa di bawah 2:00 minit buat masa ini. Pertarungan tiga penjuru di antara Ducati, Honda, dan Yamaha diteruskan pada masa ini.
Sebuah artikel yang telah disiarkan baru-baru ini oleh The Malay Mail menyaksikan pengarangnya merungut tentang penunggang motosikal menunggang motosikal mereka di atas Lebuhraya Persekutuan. Lebih banyak motosikal telah memasuki laluan utama kerana sebahagian daripada laluan motosikal telah ditutup bagi pengubahsuaian. Walaupun ada di antara mereka menunggang secara lalai, ianya tidak adil bagi melabel ke semua…
KTM telah memperkenalkan motosikal sedia litar homologasi dan teramat terhad, KTM RC390 R 2018. Direka untuk lebih mesra litar, KTM juga turut menyediakan kit perlumbaan penuh Supersport 300 bagi motosikal RC390 R tersebut. Ditetapkan harganya pada €8,500 (sekitar RM40,901), motosikal RC390 R ini hanya dihadkan kepada 500 buah unit sahaja di seluruh dunia.